Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 3 March 2018

Penamatan peringkat 12 Silat Tempur Warisan Pak Salam (Spring 48)



Alhamdulillah, setelah setahun menunggu untuk penamatan akhirnya tiba juga. Penantian yang sungguh lama. Namun saya faham sebab-sebab dan syarat kenapa penamatan khas bagi kami panjang tempoh masanya. Pewaris Guru Utama ada mengatakan bahawa untuk tamat asas peringkat 12 adalah sangat singkat. 1 Minggu pun boleh, namun kekuatan asas (Foundation) adalah tidak kukuh. Hayati dan fahami peringkat asas agar mantap apabila masuk peringkat 24 nanti.

"Peringkat 12 adalah seperti akar pada pokok, jika akar tersebut tidak kukuh, bagaimana untuk menyokong batang, dahan, ranting, buah dan daun nanti apabila ditiup angin kencang"

Kata-kata ini akan saya terapkan dalam diri pelatih yang belajar dengan saya nanti apabila cawangan bahagian utara sabah dibuka. Doakan insyallah. Pada masa saya menaip sekarang, saya dalam peringkat 24 lapis isi 6. Insyallah jika umur panjang saya mahu belajar peringkat 24 ini selama 2 atau 3 tahun ataupun mengikut keadaan.

Untuk pengetahuan pembaca perguruan Silat Tempur Warisan Pak Salam mempunyai 6 peringkat.

PERINGKAT ASAS
Peringkat asas 12 (Pukulan dasar dan asas)
Peringkat lapis 24 (Melapis isi pukulan 12) <--------- (saya disini)

Setelah Tamat peringkat 24 ini, pelatih akan diajar permainan senjata tumpul seperti tongkat dan senjata-senjata yang tidak tajam sifatnya.

PERINGKAT LANJUTAN
Peringkat 36
Peringkat 48

Manakalah setelah tamat peringkat 48, pelatih akan diajar permainan dan teknik senjata tajam yang melukakan dan mematikan.

PERINGKAT TINGGI
Jeet Spring
Rimba Spring

Saya tidak berani menghuraikan peringkat 36,48, Jeet Spring dan Rimba Spring secara umum atau khusus kerana saya belum sampai ke peringkat tersebut. Insyallah jika ditakdirkan sampai saya akan ceritakan nanti disini.

Bergambar dulu sebagai kenang-kenangan.


Pewaris Guru Utama Perguruan iaitu Guru Rantap sedang memberikan kata-kata motivasi.

"Lepas ni kamu kana test main isi 12"

Si Zen duluan kana hehehe
Lepastu saya haha. Karas owh badan si Ki Indut ni. Tahan tumbukan.


Jika kabur2 boleh rujuk post sebelum INI

Akhir kata dari saya,

"Silat itu Silaturahim"

Untuk menyertai perguruan, info lanjut & bersilaturahim, sila hubungi pengasuh gelanggang 01116078016 (call, sms, whatsapp).
-Yang Asli Nan Terindah-

"PANTAS. TANGKAS. BERLEKAS"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator