Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 1 July 2017

Nasihat 54

Keadaan umat yang tidak memahami keperluan utama umat hari ini seumpama seorang yang hampir terjatuh ke lembah dalam yang mana separuh tubuhnya terjuntai ke bawah. Datang satu orang untuk menyelamatkannya tapi dilihat bibir mangsa amat kering lalu diberikannya air di sangka mangsa mungkin kehausan. Orang kedua datang dan melihat kakinya terluka lalu disapukannya ubat. Kedua-dua tindakan mereka tidak salah tapi tidak kena pada tempatnya, Sepatutnya apa yang perlu dibuat adalah pertama sekali tarik mangsa itu dahulu ke daratan barulah boleh diberikan air atau seumpamanya kerana itu keperluan utamanya. Beginilah ibarat umat hari ada yang berpendapat umat hari ini memerlukan peningkatan ekonomi, maka ekonomi mesti di fokuskan. Ada yang kata umat kurang pendidikan, maka pendidikan mesti diutamakan. Haqiqatnya segala masalah umat hari ini adalah disebabkan kekurangan iman, maka hari ini umat memerlukan peningkatan iman terlebih dahulu barulah mereka boleh di selamatkan daripada pelbagai penyakit umat dan selepas itu barulah benda lain datang dengan sendirinya.
(Maulana Tariq Jamil).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator