Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 1 July 2017

Nasihat 53

Keadaan umat yang mengamalkan hanya sebahagian daripada syukbah agama dan menganggapnya itulah keseluruhan agama adalah seperti golongan orang buta yang tidak mengenali gajah. Apabila si buta pertama memegang ekor gajah dia berkata rupa-rupanya gajah adalah seperti ular. Si buta kedua memegang perut gajah dan berkata gajah adalah seperti dinding. Yang ketiga datang dan memegang kaki gajah dan berkata rupanya gajah adalah seperti pohon kayu. Sebenarnya itu semua adalah hanya sebahagian daripada gajah. Begitulah keadaan umat hari ini yang hanya mementingkan sembahyang dan menganggap itulah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan zikir dan berkata inilah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan jihad dan mendakwa inilah sebenarnya agama. Haqiqatnya itu semua adalah sebahagian agama dan bukannya keseluruhan agama.
(Mufti Zainal Abidin).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator