Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 6 February 2017

Silat Spring 48


Pengenalan.
Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari silat ini. Akhirnya Allah mengabulkan untuk mempelajarinya. Sekarang saya baru dalam peringkat asas 12.

Sejarah Al-Kisah saya
Semasa saya kecil, saya selalu nampak orang tua-tua bermain silat ini, ketangkasan serangan silat ini dari segi bunga dan isi memang tidak dapat dinafikan membuatkan saya meletakkan target, apabila saya dewasa saya ingin mempelajari silat spring ini sehingga tamat.. Tetapi malang, apabila ramai guru-guru anak murid guru kairo juga telah meninggal dunia dan anak murid beliau yang telah tua tidak larat lagi mengajar silat asli Borneo ini.

Jadi rajinlah saya mencari di google mana-mana lokasi gelanggang silat ini tidak juga jumpa. Kebetulan pula abang saya baru balik dari UUM kedah dan memperkenalkan Silat Cekak Ustaz Hanafi kepada saya. Buah Silat Cekak sangat unik dan menarik.. sehingga silat Cekak ini pun saya letakkan sebagai target untuk belajar sehingga tamat..

Dengan izinNya, saya belajar Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yang bertempat di SMK Sri Nangka Tuaran sehingga tamat. Lebih Kurang 2 tahun lebih berulang-alik dari Kota Marudu Ke Tuaran setiap hujung minggu. Tidak saya nafikan bahawa Silat Cekak ini sangat efektif dalam pertempuran, dari segi buah dan serangannya memang deras dan padu.

Setelah itu, berlangsung pula Festival Seni Bela Diri Bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Banyak nama persatuan silat yang menggunakan silat spring, tetapi ada 1 Persatuan silat iaitu, Silat Tempur warisan Pak Salam (Spring 48) yang menarik hati.. Saya perlihatkan rakaman tersebut kepada ayah saya yang juga bekas anak murid Guru Kairo tetapi tidak lagi mengajar.. Lama sudah saya pujuk dia ajar saya tidak juga dia mau ajar..adehhh, Ayah saya suruh berguru dengan yang lain, saya tanya kenapa, dia bilang malas. hayaaaaa..Dia bilang mainan bunganya 100% sama seperti ajaran Guru Kairo.

Tidak lama selepas itu, saya memberanikan diri untuk datang belajar di gelanggang kawasan KK/Tuaran. Setelah saya belajar isi 12, saya perlihatkan lagi kepada ayah saya dia bilang sama 100% juga. Naaah disitulah keyakinan saya sama silat Spring Warisan Pak Salam ini adalah yang asli..Susah sudah mau cari silat spring yang betul2 asli melainkan sudah dicampur adukkan dengan seni yang lain.. akhirnya, wujudlah nama silat, Spring Tua, Spring Muda dan lain2..

Alhamdulillah saya sekali lagi diberi kesempatan untuk melawat Guru Pak Salam yang bertempat di Nabawan sekaligus berlatih di pusat latihan perguruan. First time saya main silat di depan Pak Guru, pandai lupa bunga dan isi sebab rasa segan dan takut.. hehe takut salah. Keperibadian Guru Pak Salam sanggat tinggi. Saya dilayan sangat baik. Makan pun sangat sedap, first time juga makan bosou orang Murut, sedap owh.. Bosou Dusun indak berapa saya makan tetapi selepas rasa bosou di nabawan, sedap..terliur-liur juga kalo ingat..Yang lagi saya untung dapat bercerita dengan Guru Pak Salam, dapat makan sama-sama dengan Guru Pak Salam, dapat tanya banyak teknik-teknik melepaskan diri dari tangkapan dan jenis jenis latihan silat spring. Banyak owh saya dapat..Masih tangkas lagi pergerakan Pak Guru dan masih nampak muda walaupun sudah berumur..

(saya tulis dalam bahasa kampung sudah dengan logat sabah)

Guru Pak Salam banyak menyimpan gambar dan memori dengan Guru Kairo kerana disebabkan beliaulah yang paling lama bersama dengan Guru Kairo. Ada terlampau banyak gambar Pak Salam dengan Guru Kairo, Sempat juga saya gambar untuk kasi tingu bapa saya..lpas sya balik Kota Marudu, saya kasi tingu bapa saya, dia bilang iya, mimang inilah Guru Kairo. Beruntung juga saya ni yang generasi-Y kenal juga beliau menerusi gambar.

Antara kata-kata nasihat Guru Pak Salam ketika kami bercerita, "Saya paling tidak suka kalo murid saya tidak pandai, saya mahu semua murid saya pandai". Tersenyum-senyum juga saya dingar, sebab sya blom lagi berapa lancar isi dan bunga. hehehe

Inilah jiwa Guru Utama yang saya patut contohi ketika mengajar di dalam kelas nanti bilang tu bisik hati sya. waktu saya mengajar di dalam kelas, saya mahu semua murid saya jadi pandai.. Begitu juga dalam ilmu persilatan nanti. Kita mengajar biarlah ikhlas agar ilmu yang disampaikan menjadi pahala yang sentiasa mengalir di kubur nanti.

Anak-anak muda di nawaban yang berlatih pun bukan alang-alang pergerakan kecepatan dia, mantap dan hebat,,malu juga saya ni yang sudah tua hehe. Tapi itulah, kalo mau cari ilmu jangan malu.. kalo malu rugi sampai bila-bila..Diorang juga yang kasi kawan saya berlatih dan bercerita. Akhlak mereka sangat baik..Terbaik !!

Nanti kalo ada masa lagi, saya mahu lawat Pak Guru lagi sekali dengan berlatih di Pusat Latihan gelanggang di nabawan.

Tidak lupa juga, kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah kepada Guru-Guru kita yang masih hidup atau yang telah mati atas keikhlasan mereka menyebarkan ilmu yang sangat-sangat bermanfaat ini. Kita tidak tahu apa cabaran yang mereka tempuhi sepanjang perjuangan mereka. Tetapi yang pastinya setiap perjuangan itu pasti dan pasti akan diuji..

Akhir Kata Dari Saya,

"Silat Itu Silaturahim"
Salam Satu Persilatan Borneo dan Nusantara...

Saya bagi info gelanggang area KK/Tuaran di Kota Marudu bakal dibuka tetapi macam lama lagi ni. Baru saya peringkat asas 12 hehehe.


#PengambilanTerbuka
#GelanggangLapailand
#ZonpantaiBaratSabah
Persatuan Perguruan Silat Tempur Warisan Pak Salam
"The Original Sabah 'Spring' Martial Art"
● Keilmuan Beladiri Tempur Asli Warisan Tanah Borneo.
● Pengajian & latihan yg sistematik.
● Sistem beladiri yg unik, realistik, ringkas, padat & berkesan.
● Sesuai untuk semua golongan. Lelaki & wanita. Dewasa & kanak-kanak.
● Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tidak kira apa bangsa & agama (warganegara sahaja).
______________________________________________
Antara Kandungan Pengajian Asas :
● Bunga Semba Spring (Bunga Asas)
● Isi Pukul 12 ( 12 Buah Pukul Asas).
● Lapis Pukul 24 (12 Lapis Pukul).
● Teknik-teknik Beladiri & Pecah Pukul
● Petua & Kaedah Tempur
● Drill Latihan Sistematik
● Pelbagai lagi
Tahap Lanjutan -bagi penuntut yg mendalami pengajian- :
(Peringkat Isi Pukul Lanjutan, peringkat Lapis Pukul Lanjutan, pengajian Teknik-teknik Kaedah Tempur lanjutan, Keilmuan Rahsia Jeet Spring, Peringkat Keilmuan Senjata Spring, Peringkat Keilmuan Seni Rimba Spring & seterusnya)
_______________________________________________
Gelanggang Lapailand
Kg.Peniang - Bukit Payung
Mukim Telipok, Tuaran.
- Cawangan Tuaran - Kota Kinabalu -
( Gelanggang Utama Pusat : Nabawan )
Jadual Latihan
■ Latihan Mingguan :
Setiap hari Ahad 4.00 - 6.00 petang.
■ Latihan Intensif :
Setiap Hari.
Untuk menyertai perguruan, info lanjut & bersilaturahim, sila hubungi pengasuh gelanggang 01116078016 (call, sms, whatsapp).
-Yang Asli Nan Terindah-
"PANTAS. TANGKAS. BERLEKAS"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator