Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, 15 November 2015

Tamat bukan pengakhiran, tetapi satu permulaan

Bersambung daripada post yang terdahulu Baca Kembali ini merupakan kisah lanjutan daripada perkongsian terdahulu.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menamatkan pelajaran silat cekak dan secara rasminya menjadi ahli tamat. Terasa pantas masa berlalu. Memang menjadi ahli tamat ni merupakan satu ujian, ujian daripada kesungguhan diri kita untuk mempelajari sehingga tamat dan insyallah mendalami silat cekak pusaka hanafi ini. Guru Utama pernah berpesan yang apabila masuk ja buah potong, akan terasa kemalasan untuk hadir ke kelas. Dan itu merupakan satu nasihat buat diri supaya jangan malas dalam menuntut ilmu.

kami bertolak dari kota marudu ke masjid UMS bagi menghadiri ijazah tamat daripada Guru Utama. Jalan jam 6.00 petang dan sampai pada jam 7.50 malam. Singgah sebentar ke rumah mentua dan meneruskan perjalanan ke masjid UMS. Solat jamak dan berkumpul dengan member member silat cekak sri nangka tuaran.


Tuan Syahril sedang memberikan taklimat kepada para ahli SC Sri Nangka Tuaran.


Yang hensem berbaju hijau haha. Sedang menunggu kedatangan Guru Utama. Indak sabar mo melihat wajah Guru Utama yang menyejukkan mata memandang.

Anak buah saya dapat bersalaman dengan Guru Utama. Saya juga dapat bersalam tapi indada gambar
saya. Semoga anak buah saya ni menjadi penyambung perjuangan nanti. Amin 


Kelihatan Tuan Herman segak di situ haha. Guru Utama di iringi oleh YDP Persatuan SCPUH Sabah.

Kelihatan Tuan Mike, Syafiq dan Cikgu Hasbollah. Sifat mulia yang saya nampak pada Guru Utama pada
malam tersebut ialah Tuan Guru Utama tiada satu pun murid beliau yang berbaris yang tidak dapat bersalaman dengan guru utama. Semua Guru Utama salam. Sifat ikram Guru Utama Sangat Tinggi.  

Alhamdulillah, bersalam untuk menerima ijazah (kebenaran) Tamat daripada Guru Utama. Insyallah saya tidak akan tinggalkan perjuangan ini.

Kenang-kenangan. 
  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator