Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 4 May 2015

Hidayah Milik Allah

Apabila Allah ingin memberikan insan itu hidayah, maka tidak ada makhluk yang dapat menghalang hidayah tersebut. Apabila Allah ingin menyesatkan seseorang, maka tidak ada yang dapat memberikan individu tersebut petunjuk melainkan Allah jualah yang memberikan petunjuk.

Apabila manusia membenci kamu kerana taatnya kamu kepada Allah, maka tidak ada kesusahan, kesedihan ataupun musibah yang akan menimpa kamu kecuali apa yang telah ditetapkan Allah kepada kamu.

Apabila kematian telah ditetapkan kepada kamu, maka kamu tidak ada kuasa untuk melambatkan atau mempercepatkan kematian tersebut.

Apabila kematian datang menjemputmu, maka kamu akan mengalami 2 keadaan, sama ada malaikat maut datang menjemputmu dengan cara terhormat ataupun terhina. Keputusan tersebut ada ditangan kamu semasa kamu hidup.

Apabila kamu telah nazak, pandangan hijab kepada alam ghaib iaitu alam barzakh akan dibukakan (diperlihatkan) secara beransur-ansur kepada kamu. Maka  bersediahka saya menempuh alam yang tidak ada jalan untuk berpatah balik ?. Moga Allah mengampuni kita semua dengan sifat Maha Pengampun-Nya.

Fagfirlana Ya Allah, fagfirlana Ya Allah, Ya Arhaman Rahimin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator