Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 4 May 2015

Alhamdulillah



Post pada blog saya pada kali ini adalah berdasarkan kepada salah satu impian saya iaitu belajar silat. Silat ? hehe, jangan risau, silat ini bebas daripada unsur-unsur khurafat, syirik, dan seumpamanya. Dahulunya saya ada juga memperlajari ilmu silat pada umur saya 12 tahun di kampung. Silat Kajawan dari Indonesia. Ada diselitkan belajar senjata kayu. tetapi itupun tidak habis. Saya terpaksa berhenti belajar silat, kerana ditawarkan masuk ke SBP Sabah.

Apabila masuk ke dalam SBP, Alhamdulillah kerana tiap petang ada senior-senior yang mengajar silat, lebih kurang nama silat tersebut silat makrifat. Itupun setelah senior tersebut habis belajar di Sekolah, tiada lagi yang mengajar. Tidak habis lagi. adeiiii.

Kawan ajak masuk Tae Kwan Do, itupun masuk cuma 1 hari sahaja sebab, tidak minat dengan ilmu ini yang cuma memfokuskan kaki. Lagipun kaki saya pendek saja. hehehe.

Setelah itu, tidak ada lagi tempat untuk saya mencari ilmu silat ini untuk niat mempertahankan diri sendiri dan keluarga. Saya mencari-cari juga tetapi tidak jumpa. Kebetulan pada masa saya masih bersekolah di SBP, abang saya setelah 4 tahun belajar di SINTOK UUM, baru balik kampung tamat pengajian. Saya selalu nampak dia berlatih guna parang. Yang ganjilnya parang tersebut diletakkan di bawah tangan, sangat berbeza.

Alhamdulillah setelah, lama mencari akhirnya saya berjumpa dengan jurulatih Silat Cekak. Dan baru saya tahu yang nama silat satu-satunya memegang parang secara terbalik adalah Slat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. Alhamdulillah Allah mengabulkan hajat saya untuk mempelajari silat Cekak ini.Oleh kerana saya seorang guru, jadi saya tidak dapat datang untuk latihan pada hari rabu petang. Saya dapat datang berlatih pada Sabtu jam 8 pagi sehingga jam 11. Itupun tempat untuk berlatih sangat jauh. mengambil masa selama 1 jam setengah perjalanan. Daripada Kota Marudu ke Tuaran. Setiap minggu berulang-alik demi menuntut ilmu.

Sekarang alhamdulillah sudah masuk pelajaran potong. Hehe, Jom pemuda dan pemudi, sekalian belajar silat untuk kesihatan dan menjaga diri. Bukanlah saya katakan silat ini 100% akan memberikan kita keselamatan, tetapi sebagai satu ikhtiar untuk selamat kerana segala sesuatu itu adalah datang dari Allah.

Umpama kita tanam biji. Kita mampu tanam dan jaga, siram dan letak baja kepada biji tersebut tetapi kita tidak boleh paksa biji tersebut tumbuh. keputusan biji tersebut tumbuh adalah daripada keputusan Allah yang Maha Kuasa..Insyallah akan tamat belajar pada bulan 9 ini. Amin =)

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan saya semasa menerima sanad ijazah potong dari YM.

Semua berdebar-debar nak bersalaman dengan YM. Pertama kali Jumpa YM heee. excited heheh

Alhamdulillah hehehehe. Macam nikah pula saya rasa. hehe. Tapi betul, tenang je bila pandang wajah ustaz ni.

Sesi berbual-bual santai dengan YM hehehe


Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator