Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, 6 February 2014

Mari menjadi seperti angsa


Angsa adalah binatang yang memiliki kecerdikan yang rendah jika dibandingkan dengan anjing. Anjing mudah dilatih dan memiliki tingkat kecergasan yang tinggi. Di samping itu, anjing mampu mendengar jenis suara rendah (infrasonic) pada jarak Sekitar 20 meter. Suara ini hanya tidak boleh didengar oleh telinga manusia.

Namun demikian, kita jarang mendengar ada angsa yang bergaduh ! Sedangkan kita sering melihat banyak anjing yang bergaduh! Mengapa?

Ternyata Angsa memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki anjing. Angsa senantiasa hidup berjamaah, berkumpul dan satu gerak. Ke mana pun angsa pergi senantiasa beserta jamaah (rombongannya). Angsa pun binatang yang istiqamah dalam bersikap dan bertindak. Ketika angsa Sedang berada di dalam kandang ia bersuara, “wek... wek... wek!” Begitu juga ketika angsa berada di jalan, di sawah, di perkampungan bahkan di pasar atau bandar dan di istana negara senantiasa bersuara wek.. wek.. wek!, sungguh istiqamah! 

Ketika rombongan angsa berada di jalan raya dan bermaksud menyeberang jalan, maka seketika itu juga para pengguna jalan berhenti sejenak untuk menghormati barisan-barisan angsa itu.

Berbeza dengan anjing, kebanyakan hidupnya sendiri (infirodhi) tidak mau dan bahkan jarang berjamaah. Anjing pun binatang yang tidak istiqamah dalam  bersuara. Kepada orang lain yang tidak ia kenal ia menggonggong tetapi kepada tuannya ia bermanja-manja. Meskipun memiliki tingkat kepekaan tinggi dalam mendengarkan suara rendah, tapi ternyata karana hidupnya tidak berjamaah maka ia sering bergaduh di jalan raya.    
    
Mari belajar dan angsa, istiqamah dan berjamaah menjadi kunci dalam berda’wah. Pertolongan Allah Swt. beserta jamaah. Janganlah seperti anjing, tidak mau berjamaah, kalaupun berjamaah selalu ribut dan bertengkar dengan sesamanya dan tidak istiqamah dalam bersikap dan berucap.

" Kesabaran atau kesangupan seorang daie menanggung kepayahan 
semasa dia berdakwah akan menjadi asbab orang yang didakwa 
mendapat hidayat"  ~ Maulana Muhammad Yusuf rah.a

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator