Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Tuesday, 3 December 2013

Budak gelandangan Dunia

Aku pernah khuruj (keluar di jalan Allah) ketika bersama dengan jemaah Tabliq (Tariqul Iman), tapi waktu tu selesa, tidur di dalam masjid beralaskan Bedding penghalang nyamuk si pengisap darah dan pemanas badan ketikaa sejuk. Bermujahadah di Jalan Allah.

Inilah alasku tidur di tepi masjid yang dikunci. Takut agaknya barang-barang di masjid dicuri. Masjid yg berada di tengah-tengah Kota yang tidak pernah tidur. Sepatutnya, pada zaman Sahabat, Masjid adalah tempat menginap para musafir selama 3 hari. Kemudahan bagi musafir beristirehat, inilah yg dikatakan akhir zaman, Masjid dikunci kerana takut barang2 di dalamnya dicuri. Tetapi pencuri Iman lagi bahaya.

Salah seorang sahabatku, sedang membaca Kisah para sahabat (bersangka baik bah) heheheh

Dua-dua mereka telah tidur, moga-moga mujahadah yang kami alamai, menjadi tarbiyyah kepada kami.
2 orang di saanaaa, juga sama. mungkin malam ni mereka bangun untuk bertahajjud. Allah.
Teringat saya sebuah hadith nabi,

Dari Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma beliau berkata: Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.” Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di sore hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya sore. Pergunakanlah masa sehatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhori)

Aku yang diambil gambarnya semasa tidur, sejuk juga. Kesusahan ini , tidak menandingi kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara seakidah kita di Syria dan Palastin, dan juga kepada manusia yang x mempunyai rumah terpaksa tidur di jalan2. Sebenarnya ada duit mau menyewa hotel, tapi sengaja untuk merasa kesusahan, agar kita tahu bagaimana orang susah merasa susah !

"P/s Iman akan naik jika ada usaha iman, Iman akan turun jika usaha atas iman menurun, Iman akan istiqomah jika usaha atas iman juga Istiqomah- Meiji Mehrab rah.a"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator