Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 9 November 2013

Sains Magika 3

Dua cecair bertukar tempat – Sains Cecair




Bagaimana melakukannya? 

1. Helahan Sains ini ataupun tunjukcara ini boleh menggunakan beberapa jenis cecair, antaranya ialah air dan minyak. Apa yang diperlukan hanya dua jenis cecair yang berlainan ketumpatan. Jika kedua – dua cecair tidak bercampur (seperti air dan minyak), ia boleh menampakkan kesan pengasinan dengan lebih jelas.
2. Bahan – bahan yang diperlukan
*dua gelas yang sama, air, minyak dan satu kad yang kalis air.
3. Isikan satu gelas dengan air dengan penuh.
4. Isikan gelas yang kedua dengan cecair yang dipilih (minyak) sampai penuh.
5. Tempatkan kad di atas gelas yang mengandungi air. Pegang kad dan kemudian terbalikkan gelas berisi air di atas gelas yang kedua.
6. Sebariskan kedua – dua gelas dan gerakkan kad secara perlahan sehingga terdapat bukaan pada hujung gelas.
7. Dalam lebih kurang beberapa minit, kedua – dua cecair akan bertukar tempat. Minyak akan naik ke atas sementara air akan bergerak tenggelam ke dasar gelas.

Bagaimana ia berlaku? 

Kedua – dua cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza – beza. Asasnya, cecair yang lebih ringan akan terapung sementara cecair yang lebih berat akan tenggelam. Anda akan mendapat keputusan yang sama jika anda mengalihkan kad sepenuhnya, tapi cara yang ini akan nampak lebih magika. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator