Gambar hiasan : jika hanya ingin dipuji oleh manusia maka bermula daripada sekarang, berhenti, berubah dan buat kerana Allah semata-mata.Insyallah.
Matlamat kepada usaha agama adalah Ridha Allah. Jalan inilah yang akan membawa kita kepada keridaan Allah.
Niat yang penting untuk kita tanam dalam usaha agama ini adalah ikhlas semata-mata kerana Allah. Allah matlamat kita. jika matlamat kita adalah keduniaan, ataupun ingin mendapatkan wanita (anak karkun) Allah akan buang kita daripada usaha agama. Allah akan beri apa yang kita hajatkan (keduniaan) dan apabila kita sudah mendapatrkan apa yang kita hajatkan, lambat laun kita akan meninggalkan usaha agama. dan tiada lagi bahagian untuk kita di akhirat.
itulah penting sifat yang ke 5 Ikhlas niat.
sebelum kita berniat apa-apa, sebelum sebuah niat itu terbentuk, hati kita sudah pun ikhlas semata-mata kerana Allah. itulah sebabnya susunan perkataan sepatutnya "niat ikhlas" di susun oleh ulamak menjadi "ikhlas niat."
gambaran secara linear
hati yang Ikhlas dibentuk dihadapan (sebelum memulakan) Niat dan seterusnya kepada Amal.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment