Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 11 November 2013

Jihad wa Nafsi

This is the Mujahideen

Kata hati teringin mahu menyertai mereka untuk berjihad. Kerana saya mengetahui dunia ini sementara dan hanya tempat permainan, dan tempat kesenangan yang menipu. Ianya pasti akan musnah, dan pertemuan dengan Allah, pasti dan pasti akan berlaku.

Mereka mengorbankan dunia mereka demi akhirat, yang mana ganjaran untuk orang yang mati syahid di jalan Allah adalah tersangat besar dan tersangat mulia. Hakikat diri ini lemah, mahu untuk menyertai mereka tetapi lemah, lemah terhadap diri sendiri, tewas terhadap nafsu sendiri.

Para sahabat dan nabi baru sahaja balik dari medan perang , Nabi berkata, kita baru sahaja balik dari peperangan yang kecil, Para Sahabat terkejut dan bertanya, apakah peperangan yang lebih besar ? Nabi S.A.W berkata, peperangan melawan hawa nafsu. 

Inilah perang yang paling susah untuk diperangi, sekejap menang, sekejap kalah, jika musuh dibunuh ianya akan mati dan abislah sudah musuh anda, tetapi nafsu tidak boleh dibunuh. Nafsu hanya boleh dilemahkan dengan berpuasa. Moga saya tidak termasuk dalam golongan yang berputus asa dengan rahmat Allah. Amin..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator