Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 1 July 2013

Menghidupkan Hati dengan (Zikir) dan Harapan rahmat dari Allah.

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Penghidup Hati yang MATI

Hati merupakan tempat pandangan Allah di dalam diri kita. Kita hidup di sisi Allah apabila kita berzikir. Sesiapa yang mengigat Allah di dalam khalayak ramai, Allah akan mengigatinya pada majlis yang lebih mulia (majlis para Malaikat). 

Zikir diertikan pada apa-apa amalan yang boleh mengigatkan hati kita kepada Allah. Zikir boleh menghidupkan hati yang telah mati, hati yag telah mati akibat perbuatan dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar mahupun tidak. Dosa menumpuk di dalam hati kita umpama titik-titik hitam, apabila sudah penuh, sukar untuk nur menembusi hati yang telah diselaputi oleh dosa.

Zikir menjadi pencuci bagi hati. Sesiapa yang mengamalkan zikir di dalam kehidupan sehariannya akan merasa tenang. Sukar untuk mengambarkan ketenangan dan kelazatan orang yang berzikir dengan menggunakan perkataan. ianya perlu dirasai sendiri oleh individu. Umpama 2 orang manusia, seorang pernah memakan madu, dan dia merasakan madu tersebut manis dan sedap, berbeza pula dengan seorang yang hanya pernah mendengar kelazatan madu tetapi dalam sepanjang hidupnya tidak pernah merasakan madu. orang yang pertama akan mengatakan madu itu lazat, dengan pengalaman nya merasa madu, tetapi manusia yang kedua juga akan mengatakan madu itu lazat tetapi tidak secara tidak yakin madu itu lazat. dia perlu sendiri yang merasakan madu.

Orang yang berbahagia adalah orang yang tidak pernah putus berhubungan dengan Allah. Sesiapa yang mengigati Allah pada waktu yang senang Allah, akan mengigatinya pada waktu yang sukar. Ujian nikmat yang diberikan kepada manusia, menyebabkan ramai yang menjadi lalai dan tenggelam dalam nikmat. Ramai manusia yang menjadi engkar akibat ujian kesenangan. Berbeza dengan manusia yang diuji dengan kesusahan, mereka ini kebanyakannya menjadi dekat kepada Allah. Sebab inilah amalan zikir dianjurkan untuk melatih diri kita untuk senantiasa berdampingan dengan Allah.  Termasuklah diri ini yang sedang diuji dengan kesenangan, terasa diriku semakin menjauh dari Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa dan kelalaianku sepanjang aku berumur 22 tahun ini. 

 Sinar Harapan Bagi yang berputus asa.

Allah, memmpunyai sifat Maha Pengampun dan Maha penerima Taubat bagi hamba-hambanya yang bertaubat. Allah sangat suka kepada hambanya yang senantiasa bertaubat. Jikalau, setiap orang kafir yakin dengan sifat Maha Pengampun Allah, maka tidak ada orang kafir yang akan masuk ke dalam neraka. Allah menciptakan pintu syurga ada 8, dan pintu neraka ada 7, kerana Rahmat Allah mendahului kemurkaan Allah.

Allah Ta'ala berfirman :
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaul batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kama berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Az-Zumar: 53),



Daripada Anas r.a mengkhabarkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, bahwa Allah telah berfirman maksudnya,

Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan mengharap kepadaku, aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya .

Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak kelangit, kemudian engaku meminta ampun kepada Ku aku ampunkan bagimu  dan tiadak aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatu pun  nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.

P/S Mudah-mudahan Allah menerima diriku ini. Fagfirlana Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator