Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Wednesday, 5 June 2013

Kematian Yang Dicemburui

Bismillahirrohmanirrohim

Peristiwa berlaku baharu lebih kurang sebulan yang lalu. Satu jemaah 4 bulan daripada seri Petaling yang bergerak di Sungai Petani dan Jitra. Semasa jemaah ini berusaha di Sungai Petani, disatu morhalah, selepas solat isyak, orang tempatan telah membawa seorang ahli jemaah untuk khususi seorang kawannya seorang polis. Bila sampai dirumah kawannya satelah diperkenalkan maka dia terus mulakan dakwahnya. Perkataan yang mula-mula keluar daripada mulutnya ialah “Allah,Allah, Allah” sebanyak 3 kali terus rebah ke lantai, suasana menjadi heboh, polis dan ambulan dipanggil untuk untuk membuat pemeriksaan. Alangkah sedihnya mereka , beliu telah pun syahid semasa rebah tadi, jenazahnya telah dibawa ke hospital Sungai Petani dan di simpan dalam rumah manyat didalam peti sejuk. Pagi besoknya jenazahnya dikeluar daripada peti sejuk untuk bedah siasat. Cerita daripada pegawai bedah siasat, dia belum pernah berjumpa manyat yang telah dimasukan kedalam peti sejuk apabila dikeluarkan darahnya tidak beku. Jenazah ini darahnya tidak membeku begitu jugalah dengan tangan dan kakinya tidak kaku sebaliknya dapat dibengkokkan. Keadaan wajah dan badannya lembut saperti orang sedang tidur. Subhanallah sabenarnya orang syahid mereka ini tidak mati tetapi hidup disi Allah. Satelah siap diurus, jenazahnya telah dituntut oleh keluarganya, satelah disembahyangkan di markas Sungai Petani, jenazah telah dibawa pulang ke kampongnya di Jeram, Sungai Besar Selangor. Sebelum ini beliau ada mewasiatkan(kata ahli jemaahnya) jika dia meninggal dunia, simpan sahaja tempat dimana dia meninggal tetapi takdirnya dia dikebumi dikampongnya.Pemuda ini berumur dalam 30an belum berkahwin dan memberi masa 4 bulan setiap tahun di Jalan Allah. Amalan biasanya semasa khuruj ialah suka menyusun kasut ditangga masjid dengan rapi. Semuga Allah mengurniakan syahid juga kepada saya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator