Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, 5 May 2013

PRU 13 ~ Barisan Nasional Tolong Upgrade ~

 
 

Melihat kepada statistik keseluruhan PRU13 ini, parti BN menang dalam pilihan raya PRU 13, tahniah diucapkan kepada kerajaan. Rakyat telah memberi kamu mandat untuk memerintah Negara Malaysia, jadi gunakan mandat yang telah diberikan itu dengan sebaik-baiknya.

selalu kita dengar perkataan ini, Ini Kali Lah Tukar !! Tapi Pihak Bn selalu bilang dalam ceramah untuk counter balik, Kita Upgrade !!


nah, sekarang kita rakyat mau lihat ini kerajaan BN Upgrade !!

Kepada parti PKR jangan berputus asa, 5 tahun akan datang akan memberikan kemenangan yang besar kepada PKR, munkin 10 tahun, mungkin juga pada masa akan datang, kita tidak tahu, cuma  perlu mantapkan gerak kerja dan kepada yang telah berusaha bersungguh-sungguh, jangan berputus asa adalam perjuangan ini, teruskan-teruskan dan teruskan. kita tidak kalah, tapi kita belum menang !! 

Kekalahan yang Allah bagi ini adalah untuk kamu bermuhasabah diri meliahat, merenung dan merefleksikan kelemahan diri. mungkin kita banyak meluahkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah, mungkin kita kurang bermunajat, mungkin akhlak kita buruk, mungkin tidak ada qudawahtul Hasanah dsalam diri kita.

renung kembali kekalahan tentera kaum muslimin ketika perang Uhud. Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan untuk menjadikan kita tidak terlalu gembira, juga tidak terlalu sedih, dan agar kita tahu dimana silap kita. Tidak apa. Perjuangan itu mesti diteruskan seperti mana air sungai yang mengalir tanpa henti, walaupun dihalang oleh batu besar, namun, tetap juga ia mengalir ke laut !!!

Namun, saya sebagai rakyat ingin meluahkan akal fikiran saya iaitu,

"SAYA TIDAK AKAN UNDI MANA-MANA PARTI KESUKAAN SAYA,TIDAK KIRA DARI PARTI MANA SEKALIPUN,  NAMUN SAYA AKAN LIHAT KEPADA CALON SEBELUM MENGUNDI. ADAKAH IANYA BENAR-BENAR MENJALANKAN AMANAH ATAU HANYA TAHU BERCAKAP, BERMANIFESTO !!"


P/s -saya tidak berpihak kepada mana2 parti, namun kalah dan menang itu ada hikmah disebaliknya. carilah ia, apabila terjumpa maka jadikan ia sebagai asbab mendekatkan diri kita kepada Allah..
Ayuh !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator