Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Tuesday, 12 March 2013

Gerhana hidup



Semakin hari semakin tua, tua dengan pelbagai ujian, dan cabaran yang melanda. Realiti hidup tidak semudah yang disangkahkan. Tetapi kadang kala, diri ini ingin berehat daripada pelbagai kesibukan yang melanda, fikiran yang kusut dan jiwa yang bergelora, namun hakikat kerehatan itu tidak ada di dunia. Rehat hanya di kubur.

Rehat yang abadi dan hakiki yang sebenar bagi seorang mukmin adalah di syurga. Disitu tidak perlu bangun awal pagi, tidak perlu pergi kuliah, tidak perlu merasa sakit, tidak perlu pergi ketandas. Best. Kehidupan di dunia diandaikan seperti musafir yang sedang dalam perjalanan untuk menuju satu destinasi.

Manusia = Musafir
Destinasi = Syurga
Kematian = Permulaan kehidupan sebenar
Bidadari = kekasih yang merindui kedatangan Suaminya (orang yang soleh)
Nikmat = aduh, sukar digambarkan..

seorang maulana telah meyarungkan cincin SEMENTARA kepada seorang anak muridnya. lalu berkata, ingatlah aku telah memberikan cincin ini untuk memberikan peringatan kepadamu. Cincin SEMENTARA ini adalah ,

" Ketika kamu merasa susah dan dukacita, padanglah cincin SEMENTARA ini, bahawa kesedihan dan dukacita itu tidak kekal ianya hanya sementara."

"Apabila kamu merasa gembira, pandanglah cincin ini, kegembiraan itu juga bersifat sementara,"

"Apabila kamu dipuji, ingatlah itu jua sementara."

P/s - cerita ini penulis petik daripada seorang maulana yang sedang belajar di Rawind Pakistan. semoga Allah melimpahkan rahmat dan belas kasihannya kepada Maulana dan kepada kita semua .

Cerita sebenar maulana tersebut akan diupload nanti . =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator