Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 25 March 2013

Abul A’la Al-Maududi Dalam Kenangan


25/9/1903
Abul A’la Al-Maududi dilahirkan di Aurangaad, Hyderabad, Deccan, India. AyahnyaAhmad Hassan al-Maududi seorang peguam Merut.Mempelajari bahasa Arab, Urdu, Farsi, Inggeris, sastera dan ilmu-ilmu lain dari guru-guru yang dijemput oleh ayahnya. Beliau tidak dihantar ke sekolah Inggeris kerana kebencian ayahnya yang tinggi terhadap Inggeris.
1920
Ayahnya kembali ke rahmatullah.
Beliau dilantik menjadi pengarang Al-Taj, sebuah akhbar harian di Jabalipor.
Kemudiannya beliau berpindah ke New Delhi dan bekerja sebagai pengarang akhbar
Al-Jami’at.
Tidak lama kemudian beliau meninggalkan Al-Jamiat kerana mendapati badan yang
menjadi tulang belakang akhbar tersebut mempunyai kefahaman yang dipegang oleh
Kongres Kebangsaan India.
1929
Menerbitkan buku pertamanya, Jihad Di Dalam Islam. Karya yang dihasilkan oleh
beliau ini masih lagi menjadi rujukan penting di dalam masalah jihad sehingga ke hari
ini.
1932
Kembali semula ke Hyderabad, Deccan.
Menerbitkan majalah bulanan, Tarjuman Al-Qur’an. Fokus utama majalah ini
adalah membangkitkan kesedaran semula di kalangan golongan terpelajar muslim di
kalangan golongan terpelajar Muslim India. Majalah ini terus diterbitkan sehingga
tahun 1942.
1937
Surat menyurat di antara Muhammad Iqbal dan Maududi, berakhir dengan pertemuan
antara kedua-dua tokoh tersebut.
Mac 1938
Berpindah ke Panthankot yang terletak di wilayah Punjab. Menjadi ketua Darul
Islam, sebuah pusat penyelidikan yang melakukan kajian dan penyusunan semula
undang-undang Islam. Tugas ini adalah tugas yang telah dipersetujui bersama antara
beliau dan Muhammad Iqbal.
Sempat bertugas di sini bersama-sama Muhammad Iqbal selama sebulan sebelum
Muhammad Iqbal kembali ke rahmatullah.
1938
Bertugas sebagai Dekan Fakulti Usuluddin di Kolej Islam Lahore dari 1938-1941.
Ogos 1941
Menubuhkan Jami’at Islami bersama dengan beberapa orang sahabatnya yang lain.
Tindakan ini dilakukannya setelah menyedari kepentingan penubuhan sebuah jemaah
Islam untuk membina semula masyarakat yang telah rosak. Beliau dilantik sebagai
Amir pertama Jami’at Islami. Bermula dari penubuhan tersebut, beliau mula menulis
dan berceramah menentang penjajahan Inggeris dan semangat nasionalisme yan
diperjuankanoleh Kongres Kebangsaan India.
Feb 1942
Mula menulis tafsir Al-Qur’an yang diberi nama Tafhim Al-Qur’an. Tafsir tersebut
akhirnya berjaya disiapkan oleh beliau pada 7 Jun 1972 setelah menulisnya selama
30 tahun 4 bulan. Tafsir tersebut dibukukan setebal enam jilid yang kesemuanya
berjumlah 3000 muka surat.
1947
Berpindah ke Pakistan setelah berlaku pemisahan India-Pakistan. Menjadi pengkritik
kepada dasar-dasar kerajaan yang bertentangan dengan Islam. Disebabkan
penglibatannya yang aktif di dalam bidang politik dan pendidikan, beliau sentiasa
diekori oleh pihak Inggeris.
4/10/1948
Ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara selama 20 bulan sehingga Mei 1950.
Penangkapan ini dibuat sejurus sesudah beliau mengemukakan empat tuntutan kepada
kerajaan Pakistan. Tuntutan-tuntutan tersebut berkisar sekitar undang-undang dan
perlembagaan Islam. Inggeris memandang tindakannya itu sebagai mengancam dan
menghalang cita-cita mereka.
12/3/1949
Kerajaan Pakistan meluluskan tuntutan beliau dan ianya mula dijadikan asas
penggubalan undang-undang Pakistan pada 1950, 1962, 1972 dan 1973. Walaupun
begitu dari segi perlaksanaannya masih lagi tidak berlaku dengan pelbagai alasan
yang diberikan oleh pihak pemerintah.
Mac 1953
Diberkas oleh Inggeris kerana bukunya, Masalah Qadiani. Buku tersebut menjelaskan
kesesatan yang terdapat dalam ajaran Qadiani, satu ajaran baru yang sebenarnya
dirancang oleh Inggeris melalui Mirza Ghulam Ahmad. Beliau diadili di Mahkamah
Tentera, di dalam satu perbicaraan yang cukup singkat. Mahkamah menjatuhkan
hukuman mati ke atas beliau dan memberi beliau peluang untuk merayu.Tetapi beliau
berkata:
“Adalah lebih baik aku menyerahkan nyawaku kepada Allah daripada aku mengemis
merayu kasih belas dari pemerintah yang zalim. Jika kematianku sudah menjadi
ketetapan Allah, aku redha dan rela untuk menyerahkan nyawaku. Tetapi jika Allah
tidak menetapkan kematianku, mereka tidak akan mampu untukberbuat sesuatu ke
atas diriku.”
28/4/1955
Dibebaskan semula setelah dipenjara selama 26 bulan disebabkan oleh tekanan rakyat
ke atas pemerintah.
1956
Pemansuhan perlembagaan dan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh
Presiden Ayub Khan. Maududi sekali lagi bangun menentang kejadian tersebut.
Ketika Suruhanjaya Perlembagaan meminta pendapatnya berkenaan kebebasan dan
demokrasi di Pakistan, beliau berkata:
“Kewujudan Pakistan di alam nyata adalah hasil perjuangan orang Islam. Di
samping pertolongan Allah dan restuNya, hanya orang-orang Islam sahajalah yang
menjamin hidup mati dan kekuatan negara ini. Golongan bukan Islam tidak pernah
sama sekali memberi saham di dalam penubuhan Pakistan.”
6/1/1964
Dia ditangkap untuk kali ketiga oleh Presiden Ayub Khan.
Jami’at Islami diharamkan oleh kerajaan.
9/10/1964
Dibebaskan kembali oleh Mahkamah Tinggi Punjab.
29/1/1967
Ditangkap semula buat kali keempat kerana menyanggah tindakan Presiden Ayub
khan yang mengisytiharkan Hari Raya Aidil Fitri sehari sebelum kelihatan anak
bulan.
15/5/1967
Dibebaskan semula setelah dipenjara selama dua bulan setengah. Setelah itu beliau
terus menerus berjuang menegak kalimah Allah di bumi Pakistan.
23/9/1979
Kembali ke rahmatullah ketika usianya mencecah 76 tahun.

Sumber : dakwah.Info

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator