Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Wednesday, 6 February 2013

Pesanan Habib Umar


INGATLAH PESANAN HABIB UMAR KEPADA KITA SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA.



         Habib Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya di negara kita baru-baru ini.Bersama-samalah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh beliau.

        "Betapa ramai orang berbicara tentang agama, akhirnya membawa kepada jemaah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.

        Betapa ramai orang berbicara tentang agama, akhirnya hanya membawa kepada tarekat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu.
       
        Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang agama untuk mengajak umat Islam kepada الله تعالى dan Rasul صلى الله عليه و سلم?

         Sesungguhnya, umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda صلى الله عليه و سلم. Bahkan majlis-majlis sebegitulah yang menjadi kebanggaan Baginda Nabi. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam di atas cinta الله تعالى dan Baginda صلى الله عليه و سلم."

"Ya الله, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan agama kami".
"Ya الله, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan agama kami".
"Ya الله, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan agama kami".


[dipetik dari http://ustazsyedfaiz.blogspot.co.uk/2013/01/nasihat-kepada-umat-malaysia-supaya.html]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator