Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, 10 February 2013

Motivasi : Tips – Himpunan 5 Mutiara Kata Pejuang Palestin Yang Luar Biasa




Gerakan HAMAS – sebuah rentetan perjuangan yang panjang dan getir.
Melaluinya, telah lahir ramai tokoh pejuang Palestin yang hebat,
berwibawa, digeruni musuh dan disegani kawan.

Sejarah Palestin telah ditoreh dengan perjuangan air mata, darah dan nyawa. Ia adalah sebuah epik perjuangan yang benar-benar berlaku dan bukannya khalayan atau dogengan sebuah filem peperangan atau pertempuran.
Menarik untuk dinyatakan di sini ialah perjuangan Palestin ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pemimpin, pejuang dan perajurit yang sangat hebat , berwibawa dan luar biasa keperibadian dan semangat juang mereka. Sama ada mereka dikenali atau tidak – betapa sesungguhnya sejarah perjuangan Palestin yang panjang ini digencarkan oleh pejuang-pejuang yang hidup dan mati mereka adalah untuk perjuangan yang suci ini.
Saya kongsikan himpunan kata-kata mutiara yang sangat berbisa dan mempunyai aura yang luar biasa yang lahir daripada jiwa-jiwa ruh yang berjuang dengan keimanan, keikhlasan dan keyakinan hanya sanya kepada Allah SWT.
Semoga jiwa kita terbangkit dengannya!

1. Mutiara Satu
“ Sekiranya saya mati, akan bangkit 1000 lagi orang seperti saya.”
Ucapan terakhir Syeikh Ahmad Yassin, pengasas dan pemimpin spiritual HAMAS sebelum beliau dibunuh. Kata-kata beliau ini mengambarkan sebuah keyakinan dan harapan kepada generasi muda yang dipimpin beliau dalam HAMAS.
Nadi pengerakan dan pengkaderan HAMAS ialah tarbiyah imaniyah. Mereka benar-benar menggerakan tarbiyah ini sehingga lahirnya pejuang-pejuang yang tidak dikenali  di mata masyarakat tetapi kemahuan mereka kuat, tinggi hubungan dengan Allah SWT dan sangat-sangat tekun dalam memelihara amal soleh.
Kerana itu, Syeikh Ahmad Yassin sangat-sangat yakin bahawa, yang akan menggantikannya pasti ada bahkan banyak kuantitinya – semuanya ada anak-anak didik dan para pemuda pemudi yang dididik olehnya .
MasyaAllah!

2. Mutiara Dua
“ Kematian tetaplah kematian, meskipun kerana dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Tidak ada bezanya, mati disebabkan  oleh sebuah ‘apache’ atau serangan jantung. Tetapi saya lebih memilih terbunuh oleh ‘apache’.”
Ungkapan si pemberani, As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi pemimpin HAMAS yang menggantikan Syeikh Ahmad Yassin selepas kesyahidannya.
Luar biasa kecintaannya kepada jihad dan mati syahid sehingga beliau tidak takut kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT. Perjuangan yang digalasnya bersama rakan-rakan HAMAS akhirnya membawa kepada kejayaanNya menemui Allah SWT melalui pintu syahid. Sejarah Dr Abdul Aziz Rantisi akan menggugah jiwa anda untuk mencontohi beliau. Dari semua segi, kepintarannya, kelembutannya, kewarakan dan kesungguhannya dalam berjuang!
Beliau aman di sana, kita pula bagaimana?

3. Mutiara Tiga
“ Kami bukan bermain dengan keganasan ataupun kekejaman. Kami sedang bekerja!.”
Mahmoud Zahhar, salah seorang pemimpin dalam barisan kepimpinan kolektif HAMAS. Menyingkap kehidupannya membuatkan kita terpegun, kagum dan rasa begitu takjub. Rupa-rupanya, dicelah kehidupan manusia yang serba moden sebegini masih ada manusia sesoleh ini dan mampu mengegarkan Zionis Isreal dengan pelbagai teknik, strategi dan helah yang sangat licik.
Beliau dikatakan antara pemimpin barisan hadapan HAMAS selepas pemergian Dr Abdul Aziz Rantisi. HAMAS terpaksa merahsiakan identiti pengganti Rantisi agar ketua tertinggi HAMAS tidak diketahui umum sebagai langkah keselamatan. Namun, daripada sumber-sumber rakyat Palestin – Mahmoud Zahhar, adalah salah seorang kepimpinan HAMAS yang menjadimastermind untuk HAMAS era  baru ini.
Beliau terus-menerus bekerja, bekerja dan bekerja. Tegas, penuh disiplin dan memberikan komitmen 100% kepada perjuangan Palestin. Kerana itu, ruhnya benar-benar membakar jiwa para pejuang walaupun hanya dengan kata-kata yang ringkas dan bersahaja!

4. Mutiara Empat
“ Sehari di dalam penjara seperti sejam di luar penjara.”
Ungkapan penuh bertenaga daripada Syeikh Salah Syahadah . Beliau adalah pengasas  Briged Izzudin al-Qassam, salah satu sayap penting dalam HAMAS. Beliau terkenal dengan seorang yang teguh berpegang kepada prinsip perjuangan, berani dan gagah. Mahir dalam seni mempertahankan diri terutama Judo dan memiliki tubuh badan yang sasa dan gagah.
Beliau ditahan di dalam penjara rejim selamat 14 tahun. Namun, baginya itu tidak melunturkan langsung semangatnya, bahkan di dalam penjara beliau telah melatih para tahanan dengan senaman yang lasak, pelbagai seni pertahanan diri, berkhutbah, membaca  dan menghafal Al-Quran.
Beliau juga mati syahid akibat serangan rejim Zionis dengan taktik paling kotor iaitu membedil bangunan rumahnya sehingga hancur!
Allahuakbar!!

5. Mutiara Lima
“ Silakan kau pilih wahai isteriku yang tercinta, melepaskan aku sebagai suamimu atau hidup bersama-sama dengan jihad di dalamnya.”
Tutur bicara lembut Yahya Ayyas kepada isterinya yang tercinta, Ummu Barra tentang perjuangan dan pemilihan hidupnya. Siapakah beliau?
Beliau adalah pahlawan, ikon dan wira bagi anak muda Palestin. Beliau muncul sebagai pemimpin sayap komanda HAMAS dan pakar bom yang dapat menghasilkan impak yang kuat daripada bahan-bahan kimia yang mudah diperoleh dan ubat-ubatan sahaja. Lantaran, kemahiran dan kepakaran inilah beliau ditakuti dan digeruni oleh pihak Zionis Israel.
Namun, jiwa ruh dan perasaannya sentiasa bersama jihad perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis sehingga beliau mati syahid akibat dibunuh oleh rejim Zionis dengan bantuan ejen mereka daripada kalangan orang Palestin sendiri.
Beliau tersenyum dan berbahagia di sana. Semoga kita menyusulnya.

Penutup : Mereka membuktikan harga sebuah perjuangan
Inilah mereka.
Inilah kisah perjuangan mereka.
Inilah bingkisan kata-kata mutiara mereka yang menggugah jiwa.
Mereka telah membenarkan perjuangan mereka dengan air mata, darah dan nyawa.
Justeru, seharusnya merekalah ikon yang wajar bertahta di hati kita dalam peta perjuangan ini!
—–
Perjuangan Sebenar = Menuntut Air Mata, Tenaga, Darah Hatta Nyawa!

Sumber : http://langitilahi.com/11099

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator