Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, 10 February 2013

Motivasi : Tips – Analisis 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged al-Qassam




Mereka pejuang agama Allah SWT. Insan-insan yang terpilih kerana mereka punyai impian, cita-cita dan usaha.
Usaha meminang bidadari Syurga dengan berjuang di jalan Allah SWT.
Gambar By Sahabat al-Aqsa.Com

Briged al-Qassam.
Nama mereka kian gah dan menjadi sebut di mana-mana terutama bagi mereka-mereka yang peka dengan isu permasalahan Palestin.  Briged ini merupakan sayap ketenteraan bagi HAMAS yang menjadi gerakan utama di Palestin yang memperjuangkan membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman Zionis Israel.
Pasukan bersenjata ini sangat-sangat ditakuti dan digeruni oleh Zionis Israel. Apakah sebenarnya kekuatan mereka?
Pada peringkat awal, mereka enggan mendedahkan kekuatan dan bilangan mereka kepada umum, tetapi akhirnya mereka menjelaskan sehingga kini mereka mempunyai sekitar 25,000 ahli al-Qassam yang terlatih di kalangan pemuda-pemuda yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun. Bermula tercetusnya Kebangkitan rakyat Palestin pada tahun 2000, seramai 800 tentera briged ini telah syahid dalam semangat mempertahankan dan memperjuangankan Palestin.
Kepimpinan HAMAS dan Al-Qassam sangat-sangat, – saya ulang sangat-sangat meniti beratkan kualiti dan latihan bagi setiap ahli briged kerana mereka merupakan tulang belakang dan nadi kepada perjuangan Palestin yang suci ini.
Kerana itu, jika dilihat kepada syarat minima untuk menyertai Pasukan Tentera Al-Qassam ini – seolah-olah ia sangat mustahil untuk dipenuhi namun, dengan izin Allah SWT – para pemuda Palestin sentiasa berusaha agar mereka terpilih untuk memikul amanah perjuangan ini.
Kita lihat beberapa syarat minima sertai pasukan ini :

[1] Konsisten Solat Subuh Secara Berjemaah Selama 6 Bulan Tanpa Tertinggal
Hah! Biar betul.
Solat Subuh – antara solat fardu yang tersukar untuk dilaksanakan kerana ujian, dugaan dan cabarannya sungguh banyak! Bagi pemuda-pemuda yang biasa dan konsisten dengan solat fardu Subuh, ia memberikan satu petanda bahawa jiwanya kuat dan mampu melawan hawa nafsunya sendiri.
Sungguh unik, syarat ini. Kayu ukur yang tiada dalam mana-mana syarat ketenteraan di dunia hatta di Malaysia. Ianya hanya ada di Palestin!
Kita bagaimana? – Tidak perlu 6 bulan. Kita ambil sebulan dahulu. Kita test dulu. Ok?

[2] Menghafal 30 Juzuk Al-Quran dan Hadis Nabi
Rata-rata pemuda-pemuda Palestin adalah ahli al-Quran. Mereka menghafal keseluruhan al-Quran dan menjadikan diri mereka sebagai Al-Quran yang bergerak dan berjalan. Adalah menjadi suatu keaiban di Palestin terutamanya di Gaza bagi sebuah keluarga, jika tidak mempunyai ahli keluarga yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.
Sudah menjadi kebiasaan di sana, kem cuti sekolah adalah fokus kepada menghafal Al-Quran. Saban tahun, beribu-ribu penghafal Al-Quran berjaya dilahirkan. Inilah semangat yang harus kita contohi.
Disamping itu, kebanyakan mereka juga menghafal hadis Rasulullah SAW. Ia sebagai panduan kehidupan dan jalan-jalan pencerahan menuju ke Syurga. Gandingan Al-Quran dan Hadis melekat kuat dihati mereka, dan inilah yang menjadikan syarat utama yang melayakan mereka untuk menjadi pejuang deen Allah SWT.
Rasa kerdil dengan syarat ini. Allah!


Di sebalik topeng-topeng ini – terpancar wajah penuh bercahaya dengan keimanan, ketaqwaan dan kepasrahan kepada Allah SWT
Mereka juga mendapat jolokan Tentera Malaikat.

[3] Solat 5 Waktu Secara Berjemaah
Syarat ini sebenarnya adalah satu syarat yang sangat-sangat sukar untuk dilakukan. Solat fardu 5 waktu sehari semalam harus dilakukan secara berjemaah. Tidak boleh sendirian.
Ia perlu konsisten dan istiqamah!
Ke mana sahaja mereka pergi, di waktu mana dan dengan sesiapa sahaja mereka berada – ketika masuknya waktu solat fardu, mereka kena pastikan mereka solat di awal waktu dan ia perlu disempurnakan secara berjemaah. Tiada pilihan – hanya dengan berjemaah!
Di medan tempur, di saat pengawal atau di kedai – solat fardu adalah keutamaan. Dan, berjemaah itu adalah satu imej yang biasa pada tentera al-Qassam.
Berjemaah adalah lambang kekuatan dan perpaduan yang utuh!
Anda setuju?

[4] Lazimi Puasa Sunat Isnin dan Khamis serta Solat Sunat Rawatib
Selain itu, sebagai bekalan kerohanian dan kejiwaan – mereka dimestikan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunat. Puasa sunat dan solat sunat rawatib adalah suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.
Puasa sunat Isnin, Khamis dan di hari-hari yang tertentu dalam sunnah Rasulullah SAW dititikberatkan dan semua ini dilakukan secara terancang, konsisten dan penuh kesungguhan. Begitu juga dengan solat sunat rawatib iaitu sebelum dan selepas solat fardu – ia adalah satu amalan yang perlu dilakukan tanpa lalai dan alpa. Menariknya, mereka mempunyai sistem untuk menyemak, menilai dan mensistemkan semua ini.
Bersungguhnya mereka!

Penutup : Jalan Perjuangan Perlukan Kekuatan Hakiki
Secara analisanya, jika diamati bahawa kenapa prasyarat untuk sertai Briged al-Qassam sedemikian rupa. Ia terlalu ketat, hampir-hampir mustahil dan sukar dipenuhi. Kalau inilah yang dilakukan di tanah air kita yang tercinta, Malaysia – pasti tiada yang layak!
Satu sahaja, semua ini kerana perjuangan mereka adalah perjuangan yang harus ada padanya bantuan dan pertolongan Allah SWT. Dan, bantuan dan pertolongan Allah SWT tidak akan menjelma jika pejuang-pejuangnya tidak benar-benar bersih jiwanya, mantap keyakinannya dan kukuh prinsipnya.
Itulah kekuatan hakiki yang ada pada mereka. Jadi, tidak hairanlah kenapa mereka begitu hebat, luar biasa dan ada aura kekuatan yang tersendiri.
Itu mereka. Dan, kita harus contohnya gerak kerja mereka.
Bagaimana? Satu persoalan untuk sama-sama difikirkan.

Sumber : http://langitilahi.com/11293

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator