Kisah ini terjadi pada ijtima’ Bhopal – India pada tahun
1940-an. Maulana Muhammad Ilyas
Khandahlawi (Amir jamaah pada saat itu) telah memutuskan seorang (meiji) yang
buat usaha dakwah dari mewat untuk bayan maghrib saat ijtima’ tersebut.
Seseorang yang telah ditunjuk tadi menjumpai kembali
Maulana Ilyas dan memberitahu bahwa beliau tidak bersedia dengan alasan beliau
adalah orang awam, sedangkan orang yang duduk di dalam majlis adalah
ulama-ulama dari seluruh India. Maulana
Ilyas berkata, “Ini pilihan Allah, kerjakan karena Allah..”.
Maka selepas sholat Maghrib, beliau sholat hajat dua
rakaat meminta pada Allah agar diberi hidayah dan kalam untuk tunaikan takaza
bayan ini. Setelah selesai sholat badan beliau menggigil dan berkeringat.
Setelah tiba waktun bayan, beliau duduk di kursi yang
disediakan dan beliau menangis tidak tahu apa yang akan diucapkan dihadapan
para ulama dari seluruh penjuru India tersebut.
Setelah memuji Allah dan bershalawat ke atas Rasul-Nya,
beliau berkata, “Tuan-tuan, kita perhatikan keadaan di dalam sebuah keluarga..
seorang ibu menyuruh anak-anaknya yang terdiri dari kakak dan adik untuk
mengangkat gelas yang berisi minuman untuk para tamu ke ruang tamu. Kakak dan adik ini mengangkatnya dan tanpa
disengaja sang adik telah menjatuhkan gelas tersebut. Secara logika, ibu mesti memarahi adik
tersebut, AKAN TETAPI, ibu memarahi kakaknya karena tidak mengajarkan dan
memberi panduan kepada adiknya cara-cara untuk mengangkat gelas dengan selamat. Begitulah juga dengan Tuan-tuan, pada hari
Akhirat kelak Allah Swt. akan mencari dahulu para ulama, kerana merekalah yang
lebih berilmu dan berpengetahuan. Orang awam yang kurang pengetahuannya akan
diadili kemudian.. dan Allah akan murka jika kita (para ulama) tidak
menjalankan dakwah.”
Beliau juga berkata, “Tuan-tuan (para ulama), mengajar di
tempat pengajian adalah suatu amanah, begitu juga dakwah, ia juga suatu amanah
yang diwariskan dari Ambiyaa` AlaihimuShShollatu waSSalam. Jika kita orang yang lebih berpengetahuan
tidak membuat dakwah dengan cara Nabi SAW., dari rumah ke rumah, pintu ke
pintu, berjumpa setiap saudara kita… bagaimana orang awam akan buat usaha
dakwah jika kita tidak mulai dahulu?
Dan bagaimana kita hendak mengajar jika kefahaman Quran
dan Hadits kita kurang karena tidak buat dakwah seperti para Sahabat? Para Sahabat mudah memahami yang dikehendaki
Quran dan Hadits asbab pengorbanan dan susah payah mereka untuk agama ini..
begitu juga dengan kita tuan-tuan.. Allah tidak akan mencari orang awam yang
tidak buat dakwah dahulu dihari akhirat kelak, tetapi Allah mencari kita
(ulama) dahulu tuan-tuan…
Pada saat itu semua ulama dari seluruh India yang duduk
di dalam majlis menangis terisak-isak tanpa berhenti… kemudian beliau berkata,
“Siapa diantara tuan-tuan (para ulama) yang bersedia untuk tunaikan amanah
dakwah ini dengan keluar di jalan Allah berjumpa orang-orang awam untuk
sebarkan agama ini?”. Maka hampir
seluruh ulama yang duduk didalam majlis berniat dan memberi nama kepada team
tasykil… dan selepas ijtima’ semua ulama tersebut telah bertebaran ke seluruh
India untuk keluar berdakwah…
Bayan meiji tersebut ringkas, tetapi memberi makna yang
mendalam dan menusuk kalbu hati para ulama yang duduk didalam majelis…
Semoga Allah beri kita peluang dan hidayah untuk kita
ambil i’tibar untuk amalkan dan sampaikan..
Kisah ini diceritakan pada saya (Muhammad Effendi) oleh
brother Muhammad Akhtar dari Rai Bareily – Uttar Pradesh – India saat di Meiji
Mehrab waktu saya khuruj fisabilillah disana.
Sumber:
http://ghostridermujahid.blogspot.com/2010/11/kisah-orang-lama-mewat-bayan-di-hadapan.html
No comments:
Post a Comment