Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Friday, 2 November 2012

Jurutera, Doktor dan Peguam


SUATU ketika terdapat tiga orang lelaki yang hendak menaiki sebuah perahu untuk pergi ke satu destinasi menggunakan jalan sungai di sebuah kampung. Tiga orang itu ialah doktor, jurutera dan peguam yang berdiri menunggu di jeti dan untuk beberapa ketika maka sebuah perahu yang sederhana besar saiznya muncul dan pemiliknya iaitu seorang tua bersetuju membawa mereka bertiga dengan mengenakan sedikit upah.Lalu sampan itu mula bergerak menggunakan enjin sangkut yang tidak lah laju sangat dan tidak juga terlalu perlahan. 

Di atas perahu penambang itu, pemiliknya mengemudi arah selepas bertanyakan destinasi 3 penumpang itu.Mereka turut bersembang sesama mereka bagi menceriakan keadaan dan kebanyakan perbualan mereka adalah mengenai diri mereka sendiri.Jurutera berbangga dengan kelulusannya dan kebolehannya dalam kejuruteraan maka ditanya kepada pemilik perahu: Adakah pakcik tahu apa-apa ilmu mengenai kejuruteraan?Pakcik itu menjawab dia tidak tahu apa-apa. Maka terus jurutera berkata: Rugi lah pakcik, hampir 30 peratus hidup pakcik sia-sia saja.Doktor pula muncul dengan penuh bangga diri mengisahkan bertapa hebatnya menjadi seorang doktor kerana disanjung tinggi masyarakat dan mengubati orang ramai sambil bertanya kepada pakcik itu: Adakah pakcik tahu apa-apa mengenai perubatan?Maka dijawab pakcik itu yang dia tidak tahu apa-apa mengenai ubat. Lalu doktor berkata: Rugi lah pakcik, 30 peratus lagi hidup pakcik jadi sia-sia.Peguam juga tidak ketinggalan untuk berbangga diri dengan mengatakan peguam bergaji besar, petah bercakap dan membawa orang ke muka pengadilan. 

Dia juga memperlekehkan pakcik itu dengan berkata: Pakcik tahu apa-apa mengenai perundangan?Pakcik itu memberikan jawapan serupa iaitu dia tidak tahu mengenainya.Peguam dengan pantas mengatakan bahawa sebanyak 30 peratus lagi hidup pakcik menjadi sia-sia sambil disambut hilai ketawa oleh mereka bertiga mentertawakan pakcik itu yang banyak yang tidak tahu.Setelah mereka berada di separuh destinasi di tengah-tengah sungai, TIBA-TIBA perahu itu dimasuki air dan rupa-rupanya ada bocor di bahagian tengah perahu. 

Air cepat benar memasuki ruang perahu itu menyebabkan situasi dan kesemua penumpang menjadi cemas.Pakcik perahu itu terus bertanya kepada 3 penumpangnya: Adakah kamu semua tahu berenang?Maka ketiga-tiga penumpangnya berkata, mereka tidak tahu berenang langsung.Maka pakcik itu berkata: "kalau begitu sekarang 100 peratus hidup kamu menjadi sia-sia kerana tidak tahu berenang."Sejurus selepas itu, pakcik itu terus terjun ke sungai manakala perahu itu bersama 3 penumpang sombong itu turut tenggelam.-Tamat cerita- 

tetapi pengajarannya:****Moralnya jangan memperkecilkan orang. Kedua, walau macam mana hebatpun kita perkara asas kalau tidak tahu maka akan lingkup juga. Itu hanya sekadar cerita untuk memberi tamsilan terhadap realiti di dunia. Kerana perkara asas dalam kehidupan manusia ialah menjadi insan yang beriman dan beramal soleh. Taat kepada ajaran agama dan mendapatkan keredhaan Allah. 

Walaupun seseorang itu hebat macam mana sekali pun tetapi kalau tidak mengamalkan agama maka sebenarnya orang itu tidak berjaya apa-apa malah akan mendapat susah di dunia dan akhirat. Justeru, tuan2 dan puan2 mari lah sama2 kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan cara berusaha meningkatkan iman dan amal soleh yang menjadi bekalan untuk kita di akhirat yang kekal abadi. Dengan cara itu sahaja maka kita berjaya di dunia dan akhirat. Wassalam.

Sumber : http://ziarah76.blogspot.com/2008/10/kisah-3-penumpang-dan-pemilik-perahu.html

P/s Renungan

"Jika Allah menghendaki kebaikan seseorang hamba, Allah akan jadikan
di dalam hatinya penasihat yang akan memerintahkan dan melarang padanya."
(Muhammad bin Sirin)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator