Kita tidak perlu menunggu
menjadi kaya baru hendak bersedekah, kita tidak perlu sempurna segala-galanya
baru layak berbuat kebaikan, namun apa yang kita ada itulah yang perlu kita
guna sebagai pintu-pintu amal soleh.
Seseorang yang miskin, tidak
mempunyai harta kekayaan namun dia boleh menggunakan masa dan jiwanya untuk
berbuat kebaikan,
Seseorang yang kaya, namun
tidak mempunyai masa, dia boleh menggunakan harta kekayaan untuk berbuat amal
soleh,
seseorang yang cacat anggota tubuh badannya, namun mempunyai ilmu agama , boleh menyampaikan kepada orang lain.
seseorang yang kurang ilmu agama namun memiliki, tubuh badan yang sehat, boleh menyumbangkan tenaganya kepada agama Allah.
seseorang yang hebat berhujjah, namun kurang gerak kerjanya, boleh menggunakan hujjahnya untuk membela agama Allah,
seseorang yang tidak sukah berhujjah tetapi hebat dalam gerak kerja, boleh menggunkan kelebihannya kepada agama Allah.
kekuatan, kelebihan dan kelemahan masing-masing kita miliki...
Kerana kita tidak perlu
menunggu untuk sempurna baru berbuat kebaikan yakni menunda-nunda amalan soleh.
kerana kehidupan didunia ini
semakin menghampiri penghujungnya.. Bawalah bekal sebanyak-banyaknya..
P/s Renungan
"Kerosakan Umat secara keseluruhannya tidak dapat diperbaiki
hanya dengan menyuruh seorang wali Allah untuk berdoa sambil menangis di
tengah malam. Doa tersebut tidak akan mengubah keadaan menjadi lebih baik"
(Malfuzat Hadhratji/174)
No comments:
Post a Comment