Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Tuesday, 2 October 2012

Kehidupan Insan


Kemarin, Semalam dan hari ini saya belajar beberapa perkara.. Jadi eloklah saya kongsikan kepada para pembaca iaitu,

A.) Amalan- amalan yang Mendatangkan Rezeki  (13 Pintu rezeki).

1. Taqwa
2. Tawakal
3. Solat
4. Doa
5. Dakwah
6. Taklim
7. Baca Al-Quran
8. Zikir
9. Istiqfar
10. Silaturahim
11. Sedekah
12. Nikah
13. Kerja

B.) kata-kata seorang hamba Allah yang sangat terkesan dalam hati saya, iaitu,

"kalau kita buat kebaikan (contoh pergi ke Masjid), biar apapun orang kata atau cakap, kita tidak akan terkesan dengan suasana apa yang diorang katakan, dipuji atau dikeji itu tidak ada masalah, kerana itu semua bergantung kepada ikhlas niat kita, (dalam 6 sifat sahabat). Orang yang ada sifat ikhlas niat, dia akan buat amal semuanya  semata-mata kerana Allah. pujian dan kejian tidak melekat di hati..hanya Allah sahaja hatinya bulat diserahkan."

C.) Juga kata-kata seorang hamba Allah (individu yang lain) melekat di hati saya,

" Dalam bayan semalam, pembayan bagi tau, dalam usaha ini, hanya ada dua, iaitu yang pertama kita ambil kerja usaha agama ini dengan bersungguh-sungguh atau yang kedua kita ambil sekadar begitu-begitu sahaja. Macam kita jadi cikgu, kita belajar dan buat kerja untuk jadi cikgu. Begitu juga kita kena ambil usaha ini malah lebih lagi.. Hari ini natijah, maksud ayat Al-Quran yang mafhumnya "jika kamu menolong Agama Allah pasti Allah akan menolong kamu"  tidak sampai kepada kita, kerana kita ambil usaha ini secara begitu-begitu sahaja, tidak bersungguh-sungguh, jadi pertolongan Allah tidak datang. Pilihan ada di tangan kamu, 
maka pilihlah dengan baik"

D.) "Hari ini saya belajar erti masa, masa begitu berharga berlalu, masa tidak akan menunggu kita, minggu ni Exam Ujian Akhir Krusus, dan Bulan Depan Exam akhir Sem 4, dan bila-bila masa ujian soalan di dalam kubur, (maut boleh datang bila-bila)"

P/s Tambahan 

Al-Imam Ibnu Jauzi (rhm) berkata: Barangsiapa yang ingin jiwanya bersih, 
maka bersihkanlah amal-amalnya. Allah SWT berfirman : jika mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), Maka kami benar-benar akan memberikan mereaka air yang segar 
(Rezeki yang banyak). (Al-Jin : 16)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator