Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Friday, 17 August 2012

Targib Usul & Tertib Dakwah: Oleh Maulana Saad (22 hb. Ogos 2005)


Tuan-tuan yang mulia, dalam usaha dakwah hanya ada satu cara sahaja yang diamalkan iaitu cara Baginda Rasulullah saw. Walaubagaimanapun tidak semua saranan sahabat ditolak oleh Baginda saw seperti bagaimana Baginda memikirkan satu cara untuk mengajak orang kepada sembayang berjemaah, Baginda telah adakan mesyuarat dengan para sahabat bagaimana untuk memanggil orang berkumpul untuk sembayang berjemaah 5 waktu kerana sebelum itu mereka hanya mengajak sesiapa sahaja yang mereka jumpa. 

Semua sahabat-sahabat fikir dan risau sehingga  seorang sahabat (Abdullah bin Zaid) memberitahu yang beliau tinggalkan makan minum beliau untuk fikirkan perkara tersebut. Dalam beliau berfikir, beliau pun tertidur dan bermimpi malaikat datang dan melaungkan ketelinganya perkataan seperti yang kita dengar dalam azan. Selepas beliau bangun, keesokan harinya beliau memberitahu Baginda saw. Baginda memberitahu bahawa Allah telah ilhamkan cara ini kepada sahabat tadi. Kemudian Baginda ajarkan kalimah-kalimah tadi kepada Bilal r.a. 

Azan inilah dikatakan dakwah yang paling sempurna dan sehingga sekarang cara yang sama dan kalimah yang sama digunakan diseluruh dunia untuk memangil orang kepada sembayang. Oleh itu, bila seorang fikir sehingga meninggalkan segala urusan dan keperluannya dengan mujahadah, Allah akan beri jalan atau petunjuk untuk menyelesaikannya.

Pada masa ini, kebanyakannya kita tidak ambil berat tentang mesyuarat, perkara yang dibincangkan tidak difikirkan dengan serius walhal dengan berfikir dan risau inilah Allah SWT akan buka petunjuk-petunjuk tentang umur-umur yang perlu dimesyuaratkan. Tuan-tuan yang mulia kita perlu jadikan amalan mesyuarat ini satu perkara ijtimaie. Oleh itu beberapa perkara perlu kita tekankan.

i. Setiap kita perlu menyertai mesyuarat.

ii. Orang-orang yang mengendalikan mesyuarat perlu mengambil pandangan dari semua orang lama dalam mesyuarat. Faisal jangan merasa ia lebih tinggi kerana yang tertinggi dalam usaha ini ialah Baginda Rasulullah saw. Setelah pandangan-pandangan diambil berulah keputusan dibuat. Kalau kita buat sesuatu tanpa mesyuarat dengan betul, tanpa tawakkal dan azam tidak buat, maka bantuan Allah SWT tidak akan datang. Banyak Contoh dalam kisah silam dimana mesyuarat dibuat dengan cara yang tidak betul banyakl masalah yang timbul. Jika mesyuarat dibuat dengan betul, Allah akan beri petunjuk dan kejayaan akan diperolehi. Sesuatu keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat jika hendak diubah/dipinda mesti dibuat dengan mesyuarat juga.

Tuan-tuan yang mulia kita mesti buat usaha agama ini sehingga kita mati dan jadikan usaha agama ini adalah kerja kita. Kita perlu ada istiglas dalam usaha ini, iaitu apa usaha lain yang ada kita tidak akan meninggalkan usaha ini. Allah SWT akan timbulkan dalam dirinya istigdad iaitu kebolehan-kebolehan/ kemampuan dan kemudian orang lain meminta ia gunakan kebolehannya untuk mereka.

Istigfar pula akan datang bila kita yakin dengan usaha ini. Orang yang tinggalkan usaha ini ialah orang yang tidak ada keyakinan dengan usaha ini. Bila ada istiqfar barulah ada istiqomah, dan bila ada istiqomah barulah kita kekal dalam usaha ini. 

Contohnya sahabat yang diboikot kerana tidak menyertai peperangan Tabuk, walaupun semua orang memulaukannya tetapi beliau tidak meninggalkan usaha ini sehingga mendapat surat dari sebuah negara menawarkan kedudukan yang baik. Apabila beliau membaca surat itu bukan beliau anggap itu nusrah Allah tetapi itu satu musibah. Sehingga sampai satu masa Allah terima taubatnya. Dengan sifat istiqfar Allah maafkan kesalahnnya dan dia tetap dalam istiqomah maka ia kekal dalam usaha agama ini.

Kita juga perlu buat usaha ini secara umumiat, iaitu buat usaha dikalangan semua orang awam. Baginda tidak pernah menggangap orang lain kecil sehingga Baginda tidak dakwah orang itu. Oleh itu, kita perlu buat usaha agama ini secara umum dimana kita dapat berjumpa dengan semua lapisan rakyat,miskin ,kaya tua, muda dan sebagainya barulah sifat-sifat baik yang ada pada mereka akan pindah kepada orang lain. 

Apabila keluar jemaah, orang-orang lama perlu bawa oarang-orang baru. Orang baru jangan banyak karenah orang-orang lama perlu sabar. Dengan sifat sabar orang lama, orang baru dapat tarbiah. Kedua-dua dapat faedah. Kita perlu buat usaha agama ini dengan semua golongan orang. Sekarang apa yang terjadi, kita keluar dengan rakan-rakan seusaha, orang yang sama pemikiran dengan kita.

Maulana mengatakan, begitu banyak orang-orang Islam di Malaysia, begitu banyak kemudaha untu kita buat usaha agama, begitu banyak peluang untuk buat usaha, bawalah usaha ini kepada orang awam. Jika usaha ini tidak dibuat secara umumiat, usaha ini akan tertinggal kerana mereka akan mengatakan usaha ini ialah usaha jemaah tabligh bukan usaha semua orang.

Bila Allah SWT beri peluang kita buat usaha dakwah kita perlulah korbankan keperluan kita untuk buat usaha, Allah akan muliakan kita tetapi apabila kita tidak gunakan peluang ini Allah akan buang kita dan akan memilih orang lain. Allah tidak memerlukan sesiapa, usaha Allah SWT pun tidak memerlukan sesiapa. Semoga tuan-tuan dapat buat usaha dengan ikhlas dan istiqomah. Apa-apa perkara yang diberitahu pada tuan-tuan hendaklah dibuat secara ijtimae.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator