Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 20 August 2012

Mari Menjadi Hamba Allah









Bulan ramadhan telah berlalu meninggalkan kita tanpa sebarang sapaan ataupun teguran, tanpa meminta izin dari kita untuk pergi. Bulan ini kita dapat saksikan pada minggu pertama, solat subuh seperti solat jumaat, minggu demi minggu berlalu, masjid seperti kuburan cina, yang indah dilihat tetapi hambar daripada ruh ibadah membesarkan Allah.

Bulan dimana Al-Quran berada erat pada gengaman kita. Kita sangat akrab dengan Al-Quran. Bulan dimana Al-Quran diturunkan dan bulan dimana lailatul Qadar diberikan kepada hambaNya yang berusaha-mendekatkan diri kepadaNya dengan bersungguh dan mujahadah. Amalan yang hebat kita telah lakukan tetapi alangkah baiknya ianya berterusan walaupun ramadhan telah berlalu meninggalkan kita.

Bulan madrasah tarbiyyah, yang mendidik hati-hati kita untuk berubah kepada yang lebih baik. Namun adakah ianya berjaya membekas di dalam hati kita ? segala tarbiyyah yang kita pelajari sepanjang bulan Ramadhan hilang begitu sahaja. Namun igatlah (pesanan untuk diri ini) amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang sedikit tetapi berterusan.

Allah tidak pernah bosan untuk mendengar rintihan kita sehinggalah kita yang merasa bosan untuk mengadu dengannya.

Alangkah bahagianya jika kita menjadi hamba kepada Ar-Rahman
Dan jangan kita menjadi hamba kepada Ramadhan.



"Hamba kepada Allah, akan senantiasa bersungguh-sungguh untuk taat kepada perintah Allah,setiap bulan adalah bulan Ramadhan untuknya. Setiap masa adalah saat dimana   
hamba tersebut senantiasa peka kepada larangan dan lidahnya, hatinya tidak pernah berhenti mengigati Allah."









2 comments:

  1. sama2.. dan terima kasih juga kerana menziarahi..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator