Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Friday, 17 August 2012

Bayan lepas zohor Maulana Ahmad Lat (22 Hb Ogos 2005)



Tuan-tuan yang mulia, setiap insan ada 3 perkara yang telah diberikan oleh Allah SWT. Pertama nyawa (diri sendiri), kedua harta, ketiga kemampuan dan kebolehannya. Ketiga-tiga perkara ini pemberian Allah SWT pada setiap manusia sepertimana hadis Nabi saw mafhumnya manusia adalah seperti lombong-lombong emas. Atas ketiga perkara tadi Allah SWT beri pilihan/ ikhtihar untuk mereka gunakan hinggalah mereka mati. Sekarang kehidupan manusia sama ada agama atau tidak ada agama, kebaikan atau keburukan yang berlaku dalam kehidupan manusia dalam perniagaan, perkerjaan, dalam rumah tangga dan sebagainya adalah bergantung pada penggunaan ketiga-tiga perkara ini. 

Sebenarnya Allah SWT telah memulakan salasilah kenabian semenjak hari pertama bermulannya insaniah dalam alam ini supaya penggunaan diri, penggunaan harta dan penggunaan kebolehan/ kemampuan manusia dapat diberitahu dengan cara yang betul. Masalahnya manusia merasakan apa yang ia buat itulah yang betul, mereka memakan rasuah, menggunakan harta anak yatim, merompak dan sebagainya, mereka tidak merasakan itu adalah satu kesalahan. Jadi siapakah yang akan membetulkan mereka ?

Oleh sebab itulah pada setiap zaman Allah SWT mengutuskan nabi sebagai contoh. Bagaimana nabi menggunakan hartanya, dirinya dan kebolehannya adalah diterima oleh Allah SWT, jadi manusia hendaklah mengikut cara nabi ini pada zamannya dalam ketiga-tiga perkara tadi. Dalam Al-Quran Allah SWT cerita kisah-kisah nabi-nabi ini untuk manusia jadikan pengajaran.

Tuan-tuan yang mulia, kaum-kaum terdahulu yang Allah SWT ceritakan dalam Al-Quran adalah untuk memberitahu manusia tentang keputusan atau ketetapan Allah SWT dimana kaum Ad yang terkenal dengan kekuatan, kaum Saba yang hebat dengan kebolehan dalam bidang pertanian tetapi oleh kerana mereka tidak menggunakan diri mereka, harta mereka kemampuan dan kebolehan mereka sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi yang dihantar oleh Allah SWT, Allah SWT telah gagalkan  mereka dan mereka yang patuh/ikut dakwah nabi berjaya sebaimana orang-orang yang terdahulu berjaya. 

Malah dalam Al-Quran, Allah SWT sendiri menyuruh Nabi saw memberitahu tentang dirinya kepada manusia seperti “ Wahai manusia sesungguhnya aku ini diutusakan oleh Allah SWT sebagai Rasul kepada kamu semua”, dan pada ayat yang lain maksudnya “sesungguhnya pada diri Rasulullah saw ada tauladan yang baik.” Kemudian Allah SWT perintahkan lagi apa sahaja yang dibawa oleh Nabi pada kamu hendaklah kamu ambil/ amalkan dan apa-apa sahaja yang dilarang hendaklah kamu tinggalkan.” Allah SWT beritahu lagi, “sekiranya kamu mentaatinya, maka kamu mendapat petunjuk dari Allah.”

Oleh itu apa sahaja dalam kehidupan kita, kalau kita ikut cara nabi saw maka Allah SWT memberi petunjuk pada kita, dan sekiranya kita menentang, Allah SWT telah memberikan amaran dengan mendatangkan fitnah dari Allah SWT sama ada akidah, ibadat, muamalat, muasyarah dan akhlak hatta dalam dakwah dan tabliq sekali pun sekirannya ada orang yang yang berbuat sesuatu yang bertentangan denagn apa yang dibawa oleh nabi saw jika datang bencana dari Allah SWT dan ia mati sebelum sempat bertaubat maka azab yang pedih akan mereka terima dari Allah SWT pada hari kiamat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator