Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 18 June 2012

Doa itu senjata Bagi orang mukmin.

“sebaik-baik doa adalah Alhamdulillah”

“Alhamdulillah”, perkataan yang pertama ku coretkan di atas kertas Microsoft Word kali ini untuk berkongsi satu kefahaman agama yang saya tadah daripada orang Alim daripada apa yang saya dapat daripada mesyuarat Halaqah Keningau di Tudan Baru Semalam.

“Apabila Allah mengkhendaki kebaikan kepada seseorang maka diberikan kefahaman agama kepada hambanya”

“Doa adalah senjata orang mukmin.”

“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) makbulkan”

Allah SWT memerintahkan kita untuk senantiasa berdoa dan jangan sekali-kali berputus asa daripada putus berdoa kepada Allah.

Tetapi sedarkah kita semua wahai kaum muslimin dan muslimat. Pada zaman ini, pada ketika ini kita berdoa, seolah-olah doa kita sudah tidak didengari lagi. Seolah-olah “senjata” kita telah tumpul.

Ketika kita berdoa untuk kemaslahatan, keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palastin. Kita menangis dan berharap malah berdoa di hadapan kaabah secara ijtimae, tetapi Doa kita masih tidak dimakbulkan untuk kesejahteraan umat  Islam di Palastin dan seluruh dunia. Mengapa ini terjadi?

Para ulama bagi tau, ini kerana kita tidak buat kerja kita sebagai umat Islam. Dakwah tidak dijalankan. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran tidak lagi kita jalankan, malah kita tinggalkan.. itulah sebabnya Doa kita sebagai senjata ditarik balik.

Umpama seorang pegawai polis yang tidak menjalankan kerjanya, pistolnya akan ditarik balik. Begitu juga dengan umat Islam ketika ini..Apabila kerja dakwah tidak dijalankan , doa sebagai senjata akan ditarik balik.

Dan apabila kita mengucapkan kalimah la ilaha ilalahi, maka tanggungjawab untuk menjalankan Perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya terletak di bahu kita sebagai seorang Islam..

“Allah tidak akan membebankan seseorang melaikan dengan kemampuannya”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator