Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 21 May 2012

Sifat-sifat peribadi seorang mujahid (pembawa perubahan)

Hassan Al-Banna tatkala menjelaskan Sifat-sifat peribadi seorang mujahid (pembawa perubahan) Mengatakan :  

    "Aku mampu membayangkan al mujadid itu sebagai seorang laki-laki yang sentiasa membuat persiapannya, menyediakan bekalannya, mampu menguasai fikirannya yang memenuhi segenap sudut jiwanya dan segenap jurusan hatinya,    dia sentiasa berfikir, menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap persiapan terus- menerus.

     Apabila diseru dia menyahut, apabila dipanggil dia menjawab, pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuk dirinya. Dia tidak mengambil tugas selain dari yang telah diletakkan oleh kehidupan dan tuntutannya ke atasnya dan berjihad di jalannya.

     Kamu dapat membaca pada garis wajahnya  dan melihat pada kilauan matanya dan mendengar deru gerakan lidahnya segala yang apa yang bergelora didalam hatinya samada dari hawa yang melekat, kesakitannya yang terpendam, segala keazaman yang benar dan bersungguh-sungguh, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh yang sentiasa memenuhi jiwanya."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator