Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Tuesday, 1 May 2012

Fenomena "Zombie"


Encik Zombie =)

Malam ini terasa ingin benar jari ini untuk menekan kekunci laptop. Walaupun, peperikaan melanda (Tsunami)  tiba tidak lama lagi, tetapi mahu juga ku, coret perkongsian bait-bait ilmu pada blog ini.

Seperti biasa, ramai orang yang kenal akan species makhluk pemakan otak iaitu “Zombie”. Ini tidaklah bermakna aku akan menjadi zombie, tetapi hakikatnya ramai orang pada akhir zaman ini tergolong pada spesies “Zombie” ini.

Jika kita lihat kitaran kehidupan zombie ini, mereka akan berkeliaran untuk mencari otak untuk dimakan, dengan pergerakan perjalanan yang kreatif seperti orang cacat berjalan. Mereka hanya tahu makan,makan,makan dan makan..”Otak”.

Ada juga manusia yang menjadi “zombie” akibat serangan “ghazwatul fikh” dari musuh-musuh Islam. Daripada kehidupan yang baik iaitu ada hubungan dengan Allah, menjadi liar dan jauh dari Allah akibat terleka dengan dunia berserta keseronokan yang bersifat sementara. Pada zahirnya ramai yang melihat negara-negara telah merdeka tetapi sebenarnya masih dijajah dari segi pemikiran acuan penjajah. Maka lahirlah generasi "Zombie".... 

Begitu juga dengan individu yang mengelarkan diri mereka pendakwah, yang mengangkat diri mereka sebagai Jundullah, berjuang di jalan Allah. Tetapi lupa & lalai untuk mengigati Allah.
Seperti mafhum hadis nabi, sesiapa yang berzikir seolah-olah hidup disisi Allah, sesiapa yang tidak berzikir seolah-olah mati disisi Allah.

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(Al-Jumu'ah 62:10)

Insyallah kita adalah Jundullah, bukannya “zombie”. Mari kita buktikan !  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator