Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, 5 April 2012

Shhhhhh,, Jangan bagi tau.

Sedang diam merenung jauh, dengan kemurahan rahmat dari-Nya, Allah telah memberi ilham kepadaku untuk menaip di blog ini. Alhamdulillah.

Ada sepotong ayat Al-Quran dan hadith di sini saya ingin kongsikan.

Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan shalat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.” (QS.14:31)

“Sesungguhnya sedekah yang tersembunyi, (dapat) meredam murka Allah Ta’ala” (Shahih at-Targhib).

Ana sengaja membawa antum semua untuk berfikir secara kretif dan kritis untuk memburu Redha Allah dengan perkara yang mudah. Iaitu menjadi pemberi sedekah yang tersembunyi. Dalam kita melayari Internet, sedang tentunya kita secara tidak sengaja ter”ziarah” blog-blog Islamic yang memerlukan sumbangan untuk bergerak ataupun sumbangan untuk pengajian madrasah. Seperti contoh,

Rabithah Tullab Ad-Dawli memerlukan sumbangan berterusan untuk menjalankan agenda kebajikan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun sementara:

Maybank : 162263440765
(Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengasas Rabithah)


(p/s ni adalah blog akhi Muhammad Nadir. Akaun ini adalah aktif, sesiapa yang ingin menyumbang dipersilakan..Allah saja yang mampu membalas jasa antum semua.)


Cadangan ana, Apa kata kita dermakan sedikit wang kepada badan-badan ini demi kemaslahatan umat. Cuma Rm 50 ringgit sahaja sudah memadai. Insan yang diberikan sedekah itu langsung tidak mengetahui siapakah manusia yang pemurah memberikan sumbangan tersebut.

Zaman teknologi moden kini banyak memberikan peluang kepada umat Islam untuk menyebarkan dakwah dan membuat pahala. Terpulang pada kita untuk bagaimana kita menggunakannnya. Contohnya seperti kemudahan Cimb.click dan MyBsn untuk kita menderma. Cuma tekan butang di laptop sahaja sudah memadai.

Kita boleh bayangkan, jika wang kita yang tidak seberapa itu disumbangkan ke madrasah pusat-pusat pengajian Islam. Ditakdirkan Allah, pihak tersebut menggunakan wang yang kita sumbangkan untuk membeli kitab. Para pelajar madrasah tersebut menggunakan kitab tersebut. Setelah menjadi Alim, pelajar tersebut berdakwah pula untuk meyebarkan ilmu kepada manusia. Bayangkan bagaimana pengaliran pahala yang kita perolehi. Seperti peta minda di bawah yang ana buat. (Maaf tidak berapa cantik, tapi yang penting faham) 




Masuk di dalam kubur pun, insyallah pahala terus juga mengalir. Walaupun kita tidak turun ke lapangan dakwah untuk  bersama-sama mereka, tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu perkara/manfaat yang mampu kita sumbangkan kepada perjuangan Islam.
Mudah-mudahan Allah menerima sedekah kita walaupun nilainya tidak seberapa, namun ikhlas niat akan menjadikan pahala sedekah itu menjadi berat.

 Amin ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator