Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 21 April 2012

Karguzari Jord Halaqah Keningau



Alamdulillah, pada 21/4/ 2012. Pada jam 6.00 saya dan rakan-rakan bertolak dari IPG ke Surau Kampung Tanah Merah. Pada mulanya tempat diputuskan di Masjid Tudan Baru tetapi, ianya telah ditukar..Patut pun, tiba di sana tidak ramai orang.

Ini pengalaman saya pertama kali untuk membonceng motosikal pada waktu malam dalam jarak 20 KM (pergi). Kami seramai 5 orang dengan 2 buah motor, 1 motor terpaksa berulang-alik untuk ambil lagi satu rakan. Sejuk, takut disaman oleh pak cik polis, dan lain-lain dirasai tetapi, ingat dalam hati  Allah maha Kuasa polis tiada kuasa. (josh) ha3.

Nasib lagi ada pengalaman membonceng motosikal di Kota Marudu. Alhamdulillah. Sempat solat berjemaah maghrib. Ketika bayan maghrib bermula oleh syura Beufort Haji Abdul Rahman, saya lihat yang lain duduk dengan penuh tawajjuh. Terkesan iman saya.
Antara isi yang saya ingat,

“kita kena betulkan iman yakin kita, buat usaha agama dengan ikut tertib, seperti juga kita masak nasi pun guna tertib. Jika kita letak beras di dalam api, baru letak air, nasi tidak akan jadi. Sudah banyak keluarga yang saya jumpa berubah, asbab hidupkan ta’alim. Ianya ada rahmat di terpancar di dalam dan di tempat jiran.

Seperti mana usaha agama yang berkembang di France, mereka yang baru masuk islam dalam masa 2 tahun, mereka akan fasih bahasa Arab. Sebab mereka yakin bahasa Arab ni bahasa Syurga, bahasa Al-Quran. Kita, Cuma tahu dan faham tapi tidak yakin. Yakin kita kurang. Masjid berkembang, daripada tempat ibadah bukan Islam menjadi Masjid. Asbab fikir risau mereka. Mereka Cuma bagi niat sahaja untuk buat usaha agama ketika bayan maulana yusuf, ada beberapa orang sahaja yang duduk. Ketika ditasyil tiada yang mahu berdiri, maulana cakap, bagi nama sahaja dan niat. Insyallah Allah akan zahirkan niat kamu. Lepas tu bangn 1 orang hamba, untuk niat buat uasaha agama di france, dan sekarang ada lebih kurang beribu masjid di france. Setiap tahun anak-anak mereka jadi hafiz, Hafizah, alim, alimah. Ini semua kerana mereka yakin adanya pembalasan kebaikan di akhirat kelak.”

 Itu sahaja yang dapat saya tangkap isinya. Lemahnya ingatan saya.

Selepas solat sunat Ba’da Ishyak syura Beufort Haji Sulung memimpin bacaan doa. Antara kata-kata mukadimah yang saya ingat,

 “sebelum ijtima ni, insyallah jemaah yang keluar adalah umpama roh kepada ijtima kita, jadi kena azam untuk keluar sebelum ijtima. Dengan asabab tangisan kita, fikir risau kita dengan umat, di hari akhirat nanti, kita hairan dan bertanya kepada Allah kenapa pahala haji saya berjuta-juta, pahala sedekah berjuta-juta sedangkan saya tidak perah buat semua tu waktu di dunia dulu.?   Itu semua asbab tangisan dan doa dari kamu yang menarik hidayah Allah untuk campakkan ke dalam hati orang-orang yang beriman untuk melakukan kebajikan.. Subahanllah.”

Azam bagi nama keluar 10 hari sebelum ijtima. Insyallah, doa karo..

p/s – jangan bagi tau ibu saya yang saya menunggang motosikal secara sembunyi-sembunyi..he3. syok buat usaha agama ni, benda-benda yang kita tidak pernah buat kita kan terbuat.  

1 comment:

  1. "syok buat usaha agama ni, benda-benda yang kita tidak pernah buat kita kan terbuat." :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator