Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, 29 April 2012

3/4 Malam


“Mengharap hanya pada Allah di sepertiga malam, semua masalah akan dipermudahkan”

Perkongsian coretan tinta, seperti biasa pelajar seperti saya kerja berlambak, tidak pernah habis. Selesai satu tugas akan ada tugas yang lain. Dalam bahasa matematik ianya seperti no 8, melintang....infiniti.

Semalam saya berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberikan tetapi, tidak larat. Saya buat sikit-sikit sekadar yang saya mampu, lepas tu saya paksa diri saya untuk tidur. Walaupun tidak dapat tidur, paksa juga.. akhirnya mata terlelap.

Bunyi alarm henpon yang membingitkan telinga (dengan izin Allah) mengejutkan saya. saya bangun, meraba-raba Hp murah saya, dan melihat jam..4.00 pagi, sejuk, sunyi dan malam, kebetulan pagi tu bekalan elektrik terputus.

Melihat rakan-rakan ku yang lain tertidur lena di dalam masjid (malam itu beriktikaf ramai-ramai). Saya bangun, perlahan-lahan, tanpa mengejutkan mereka..pergi membersihkan diri..untuk menghadap Allah.

Air wuduk sangat sejuk. Tapi percayalah apabila sudah sapu di muka, sejuk tu kurang sudah. Melangkah masuk ke dalam masjid menyarungkan jubah hitamku.

Dimulakan dengan solat sunat Tahajud dan solat sunat Taubat. Disitulah pasrah dan tawakkal, tentang tugasan dunia yang memberatkan jiwa. Kadang kala rasa cemburu timbul apabila melihat  rakan-rakan ku yang lain, mempunyai masa lapang yang banyak. Sedangkan saya terkapai-kapai menyiapkan tugasan.

Alhamdulillah, hari ini Allah permudahan segalanya. Namun saya rasa, sayalah hamba yang tidak tahu bersyukur.

Banyak yang telah Allah kurniakan nikmat kepada saya, tetapi saya masih lalai dengan dunia..isk.

Ampunkan saya, ya Allah.....

3 comments:

  1. =') ckuplah Allah bagiku sebagai pelindung. =)

    ReplyDelete
  2. antara amalan yang boleh membawa hamba ke syurga ALLAH adalah, mereka yang sanggup bangun dalam kedinginan malam, membersihkan diri (mandi / wuduk) untuk menghadap ALLAH (qiamullail).. mabruk. semoga istiqamah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator