Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, 1 March 2012

Pandang Rendah ? Jangan sekali-kali.

allalalalalal, Malam ni macam Ter "Josh" pula daa..

Setelah Habis Buat perjumpaan ketua-ketua syukbah sebentar tadi, Alhamdulillah buat pertama kalinya bagi mereka bertakbir di dalam Masjid. Biarpun mereka agak kekok tapi, itulah syiar Islam, takbir ni jika dibuat dengan penuh semangat semata-mata kerana Allah, boleh mengegarkan jiwa musuh-musuh Islam.

Seperti kisah di Iraq, ketika tentera-tentera bersekutu menyerang Rumah seorang Islam, mereka bertakbir beramai-ramai dengan penuh semangat. Hanya takbir sahaja senjata yang mereka gunakan tiada ada yang lain…sejurus selepas itu , dengan izin Allah, Allah mencapakkan rasa gerun dan kegentaran di hati-hati tentera bersekutu, sehinggakan senjata-senjata mereka yang moden itu terjatuh. Allah Huakbar !!!

Insyallah itu sebagai mukadimmah kata. Hari ini saya ingin menulis tentang insan-insan yang berniaga di pasar malam. Sebelum tu saya mahu tanya, apa presepsi kita  sebagai golongan yang berpelajaran terhadap mereka ?

Wow, sedapnya, YA Allah Minta.. he3 

Adakah berniaga di pasar malam ataupun di jalanan merupakan pilihan yang terakhir, kerana tidak ada lagi pilihan kerja ? Permohonan menjadi guru ditolak ? kerani ? ataupun persaingan yang terlalu hebat pada masa kini ?

Secara umumnya ramai masyarakat kita sering memandang rendah akan golongan ini. Golongan yang berkerja berniaga di pasar malam ataupun dijalanan. Apakah keistemewaan masyarakat malaysia yang menyebabkan merasa mereka lagi mulia daripada mereka yang berniaga di pasar malam ? Bukankah Allah ada berfirman, orang yang mulia diantara kamu adalah orang yang bertakwa ? kita tidak hak untuk memandang rendah mereka ini apatalagi menghina mereka.

 Kadang-kala, insan yang berpendidikan tinggi dan berkerja dalam golongan yang elit, memandang golongan ini golongan lapisan bawah yang miskin..hmmm, sebenarnya itu adalah salah sama sekali. tanpa pengetahuan kamu, merekalah orang yang lagi kaya. Ramai diantara mereka yang menjadi ‘Jutawan Senyap”. Kita langsung tidak tahu itu semua.

Mereka kaya tetapi mereka merendah diri. Mereka usaha atas rezeki mereka. Malah mereka lebih hebat daripada kita. Saya lagi hormat mereka berbanding mereka yang angkuh, mengangkat diri menjulang ke langit seperti asap , disangkanya tinggi tetapi hilang ditiup angin.

Justeru itu, tidak ada alasan bagi mereka seorang “Islam” untuk tidak bermula berniaga. Ianya adalah  9/10 sumber rezeki, dengan syarat berniaga halal, mematuhi syariat dan jaga solat berjemaah. “Malu” bukan alasan. Bangsa-bangsa lain telah maju kehadapan, tetapi kita masih tertinggal di belakang. Mereka sudah mencipta roket untuk terbang ke bulan tetapi kita masih menaiki kereta lembu.

Menjadi seorang Islam kena usaha jadi kaya. Kaya dari segala sudut, iman, harta, akhlak, jiwa, ilmu dan sebagainya. Ingat Islam itu syumul. Tidak ada istilah bertapa di gua untuk beribadat. Kecuali apabila tiba zaman yang mana Rasulullah telah nyatakan di dalam Hadith. (cari sendiri ya)..

Kesimpulannya, jangan kita sekali-kali memandang rendah kepada mereka. Jika ada saudara kita seislam yang inginkan bantuan untuk memulakan perniagaan ataupun apa-apa sahaja, hulukanlah bantuan, ikhlas semata-mata kerana Allah..Insyallah pasti ada balasannya..

Wallua’lam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. benar... :>
    sta maw jdi jutawan akhirat n._n
    InsyaAllah , ,...

    ReplyDelete
  3. Hafizah : kalau begitu kena rancang saham berpanjangan dan berterusan untuk hari akhirat nanti.. =) contoh, anak yang soleh solehah, amal jariah yang berterusan, dan amal soleh..=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator