Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Monday, 27 February 2012

Rancang, Merancang dan Dirancang

Buat apa kamu serabut Fikir benda-benda Dunia? Lebih baik kamu salurkan Fikir kamu itu untu Fikir Risau Umat Islam


Alhamdulillah, kerana Allah telah mempermudahkan saya untuk mengurus keperluan dunia ini. Masuk kedalam bank penuh sesak dengan manusia…terbayang juga nanti, ini baru di Dunia belum lagi keadaan di akhirat.

Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan. Betul kan ?

DUIT =Doa, Usaha, Iktihar, Tawakkal..

Setiap apa yang kita miliki dan apa yang telah Allah kurniakan adalah sangat perlu bagi kita rancang dengan teliti dan tersusun. Tidak kira dalam apa jua situasi..

Sebenarnya saya menulis di sini adalah untuk berkongsi pengalaman apa yang saya lalui..kerana pengalaman itu merupakan Guru yang terbaik buat kita.
Ni pepatah Inggeris,

Jangan letakkan semua telur di dalam satu bakul ( yang sudah saya terjemahkan)
Elaun yang kita dapat haruslah disimpan secara berasingan iaitu,

a.) Tabung haji
khaskan untuk pergi menunaikan haji, niat untuk menunaikan umrah. Mula dari awal adalah lebih baik. Simpanlah walaupun Rm 100,biarkan ianya sedikit tetapi berterusan. Kerana nilai kompoun akan menyebabkan ianya bertambah. Ianya seumpama pedang bermata dua. Jangan Risau, pelaburan di sini adalah Halal dan mematuhi Syarak. Bonus bagi tabung haji akan diberikan secara tahunan, dan ianya sangat lumayan. Saya candangkan siapa yang belum membuka akaun tabung haji, ringan-ringankanlah diri kamu untuk membuka buku akaun tersebut. Kerana secara tidak langsung kamu juga membantu untuk menaikkan ekonomi orang Islam dan juga membantu mempercepatkan azam orang-orang yang veteran yang telah menyimpan wang di tabung haji untuk menjejekan kaki di tanah Haram.  Tidak percaya? Cuba buat kajian. Insyallah.  

b.) Agro Bank
saya khaskan sini untuk menimpan apa-apa sahaja wang Bisnes..he3. Bisnes tu tidak payah saya sebut.

c.) Bank rakyat
Akaun sini saya Khaskan pula untuk saya dapat keluar Khuruj Fi-Sabilillah ke jalan Allah.Insyallah. belanja untuk keluar 40 hari di jalan Allah sekitar Rm 350. Jadi saya simpan satu semester Rm 200 dan Semester kedua Rm 200. Akhir  tahun, saya dapat Rm 400. Insyallah cukup untuk saya gunakan keluar kejalan Allah. Cuti sekolah Allah bagi masa yang panjang untuk saya kelaur berdakwah.Insyallah, doakan supaya Hidayah tersebar ke seluruh alam.Insyallah, Amin ya Allah.

d.) Islamic Cimb Bank (Akaun Wadiah saving)
Sini pula saya Khaskan, untuk hmmm, untuk saya mendirikan rumah tangga saya. insyallah, kalau bakal ahlia saya terbaca post ini, nanti tentu dia senyum-senyum. He3. Insyallah. Kawin-kawin-kawin..he3. Ada satu lagi, “saya mencintai kamu kerana Allah”. Insyallah anak-anak yang kamu lahirkan saya ingin jadikan  seorang yang berguna kepada Agama terutamnya. Sumbangkan mereka kepada Agama Allah. Insyallah. Sayang redhakan? Kerana Allah. Insyallah.

e.) Giro Bank simpanan Nasional
sini saya khaskan untuk saya membayar hutang, makan, minum dan keperluan seharian saya. memandangkan keuntungan untuk menimpan di Bank Ini rendah jadi saya tidak berapa minat untuk menimpan di Bank sini Tidak tahulah sekarang, mungkin keuntungan dia naik? Sila up to date lah.

f.) Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Sini memang sesuai untuk menyimpan wang untuk kadar jangka masa yang panjang. Tetapi, saya tidak menyimpan wang disini. Kerana saya was-was. Dan adalah lebih baik saya tinggalkan keraguan itu sebelum jatuh kepada yang haram. Fatwa setiap negeri mengatakan status menimpan di ASB berbeza-beza. Tetapi JAKIM cakap pula harus. Negeri Selangor  cakap, Haram kerana bercampur dengan sumber yang tidak pasti..(pening kan?) lebih baik tinggalkan. Kan senang.

Insyallah itu sahaja perkongsian yang ingin saya lakukan. Kepada pembaca yang terbaca post ini bolehlah komen, kritik ataupun hentam habis-habisan ya.he3. dan jikalau ada yang lebih baik strategi kamu sila-sila lah kita berkongsi. Insyallah.

2 comments:

  1. saya terbaca pula post ni. rasa mahu hentam kamu kaw-kaw punya..
    kamu buat saya cemburu!!! bukan pasal bakal ahlia kamu tu, tapi pasal kamu dimudahkan Allah untuk khuruj dan sebar dakwah sana-sini. saya mau juga bha.!

    ok, saya bergurau. subhanallah~ saya kagum dengan syabab muslim macam kamu. semoga saya juga diberi peluang simpan duit macam kamu..

    *sigh..(-_-)" macam susah saja

    ReplyDelete
  2. semuanya dengan izin Allah.. =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator