Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Saturday, 21 January 2012

Nasihat untuk menguruskan elaun anda


Alhamdulillah elaun baru sahaja masuk. Syukur banyak-banyak kepada Allah. Memang benar Allah tidak berharap kepada kita, tetapi kitalah yang mengharap kepada Allah. Elaun adalah juga satu amanah daripada Allah kepada kita. So, kita kena amanah apabila menggunakan duit tersebut.

Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini, untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan. Allah suruh kita jadi seorang Muslim yang pandai dalam hal-hal lain seperti pandai mengurus dan merancang.

Nabi Yusuf a.s telah diberikan hikmah mentafsir ilmu mimpi iaitu ketika raja mesir bermimpi 7 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh 7 ekor sapi betina yang kurus, 7 tangkai gandum  yang hijau  dan 7 tangkai yang lainnya yang kering.

“Dia yusuf berkata,” agar kamu bercucuk tanam 7 tahun berturut-turut sebagaimana biasa:kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh tahun yang sangat sulit, yang menghabiskan  apa yang kamu simpan  untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan. Setelah itu akan datang tahun,di mana manusia diberi hujan dengan cukup dan pada masa itu mereka memeras anggur.”

Surah Yusuf : 47-49  

Sedangkan nabi, Allah suruh dan beri nabi Yusuf ilmu pengetahuan untuk merancang menghadapi musim kesusahan (tahun sulit), daripada sebelum, semasa dan selepas. Ini apatahlagi kita sebagai manusia yang lemah ini.

Allah sudah bagi kita ilmu melalui kisah nabi Yusuf a.s dalam Al-Quran. Terpulang kepada kita untuk berfikir dan mula mengambil iktibar dan pelajaran daripada kisah Nabi Yusuf a.s .

Moga kita terus-menerus menambahkan ilmu dunia dan akhirat, dan terus Istiqomah dalam beramal kerana Allah.

seorang imam berkata, (maaf saya lupa nama dia, macam imam Ghazali, kalau salah sila perbetulkan saya)

“sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dia mengambilnya dengan ilmu. Sesiapa yang menginginkan akhirat, hendaklah juga dia mengambilnya dengan ilmu. Dan sesiapa yang menginginkan dunia dan akhirat hendaklah juga dengan Ilmu”

Insyallah, =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator