Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Friday, 19 August 2011

Pertimbangan yang perlu diperhatikan


Para pelabur melabur wang kerana sebab-sebab yang berlainan. Tujuan pelaburan mereka mempengaruhi pilihan pelaburan yang dibuat. Jika anda masih muda dan baru berkerja, anda mungkin mempunyai modal yang agak terhad untuk melabur.

Jika hendak melabur pun, anda tidak mampu untuk meletakkannya dalam satu pelaburan yang agak tinggi risikonya atau mengiukat modal anda itu untuk jangka masa yang panjang.
Bagaimanapun, jika anda mempunyai simpanan yang agak mantap dan segala keperluan kewangan rumahtangga sudah diketepikan, anda mungkin dapat menerima risiko yang lebih tinggi dan menceburi bidang pelaburan yang tinggi risikonya.

Sehubungan dengan ini, sebelum mengambil keputusan untuk melabur, anda perlu menganalisis sumber-sumber kewangan dan matlamat pelaburan anda :  

-Adakah anda mempunyai sesuatu tujuan atau matlamat untuk melabur ?

-Berapakah jumlah yang boleh diketepikan daripda pendapatan bulanan anda untuk pelaburan?

-Jika anda mengalami kerugian dalam pelaburan, berapakah jumlah yang mampu anda rugi?

-Bilakah harus anda menjualkan pelaburan anda itu untuk mendapatkan wang tunai?

Apabila anda telah dapat menjawab soalan-soalan tadi, anda boleh mengusahakan suatu strategi pelaburan yang memenuhi matlamat anda.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator