Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha

Thursday, 11 August 2011

Pengertian Pelaburan


       Bayangkan duit kita di bank sebanyak ini, Kayo..Pak Cik KAyoO.

Definisi Bagi pelaburan
Umumnya, pelaburan merupakan satu penamaan modal pada masa sekarang dengan jangkaan untuk mendapatkan pulangan positif/ keuntungan pada masa akan datang selepas mengambil kira risiko.
Menurut definisi ini, apabila seseorang itu menceburi bidang pelaburan, ia akan terlibat dengan 



Penanaman modal
Sejumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli jenis atau bentuk pelaburan itu.

Peralihan masa
Jangka masa dari hari instrument pelaburan itu dibeli sehinggalah ia dijual.

Pulangan
Pendapatan dari segi faedah, sewa, kenaikan modal dan sebagainya.

Risiko
Kemungkinan pelaburan itu mengalami kerugian

Setiap instrument pelaburan mempunyai ciri-ciri yang berlainan, misalnya, pelaburan dalam hartanah akan melibatkan modal yang tinggi dan risiko yang tinggi pula, jika dibandingkan dengan pelaburan yang melibatkan modal dan risiko yang rendah seperti simpanan tetap.

Tidak ada pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah akan menghasilkan pulangan yang tinggi. Apa yang sering dijanjikan oleh kebanyakaan skim cepat kaya ialah pulangan yang tinggi dengan risiko yang sangat rendah. Keadaan ini tidak boleh berlaku dan tidak sesuai dengan logik. Apa yang sering berlaku ialah pulangan yang tinggi akan melibatkan risiko yang tinggi dan pulangan yang rendah juga melibatkan risiko yang rendah.

Bagaimanapun, ini tidak semetinya bermakna pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi akan menghasilkan pulangan yang tinggi, kerana kadang-kala ia mungkin menghasilkan pulangan yang negatif.

Pulangan yang Tinggi =>risiko yang tinggi

Pulangan yang rendah=> risiko yang rendah

Risiko yang tinggi ≠> pulanganyang tinggi


                      Gambar sekadar hiasan dan pengajaran !!

Satu Kisah…

Seorang saudagar telah dapat memperdayakan orang ramai sehinga 8 juta. Saudagar penipu itu telah menggunakan pak-pak haji, imam dan bilal masjid dan orang-orang ternama untuk memperdayakan dan menyakinkan orang ramai untuk melabur dalam skim itu.

Janji yang diberikan ialah pulangan sebanyak 20 % sebulan daripada pelaburan yang dibuat. Pada peringkat awal para pelabur memang mendapat pulangan yang dijanjikan. Dan ini telah menyakinkan lebih ramai lagi untuk melabur. Bagaimanapun pada akhirnya para pelabur menghadapi kerugian yang teruk kerana saudagar tersebut telah menghilangkaan diri dengan wang pelaburan yang terkumpul.

Di Amerika skim cepat kaya digelar skim Ponzi.

Komen Irwin' s :

1. Jangan terpedaya dengan Skim Cepat Kaya !!
2. Laluan untuk menjadi kaya bukannya singkat.
3. Jangan terlalu tamak untuk menjadi kaya dalam sekelip mata.
4. Jangan malas berusaha.
5, Jangan jadi bodoh dan diperbodohkan oleh orang lain. Timbalah ilmu sebagai perisai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fixed Deposit Calculator